Isnin, 26 Mac 2012

PRU 13 : Anwar Ajak Rakyat Selangor Lancar Perang

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA SELANGOR : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penyokong parti itu khususnya rakyat Selangor untuk 'melancarkan perang' terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.

Malah, Anwar mendakwa perebutan untuk mendapatkan Selangor telah bermula menjelang pilihan raya ke 12 lagi apabila beliau mencabar Perdana Menteri untuk menawan kembali Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!” katanya dihadapan kira-kira 5,000 hadirin, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

Pemimpin pembangkang itu turut mendakwa Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup.

Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak,” dakwa Anwar.

Semalam, Najib berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.

Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi “tanpa mengira apa pun yang berlaku”.

Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib agar tidak menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion.

Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

“Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?” soal Khalid.

Tiada ulasan: