Jumaat, 23 Mac 2012

Demo bebaskan ustaz Hoslan Sabtu ini

KL TODAY



Beberapa NGO akan mengadakan perhimpunan aman menyokong pembebebasan Imam Hoslan Hussinyang pernah membaling kasut kearah panel hakim Mahkamah Persekutuan. Berhimpun di Masjid Wilayah Jalan Duta pukul 2 petang Sabtu ini selepas solat Zohor, Jingga 13 merancang untuk berarak ke Istana Negara Jalan Duta bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Koordinator Jingga 13 Faris Musa berkata perarakan ke Istana Negara bertujuan menuntut keprihatinan Yang Di-pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Hoslan.

“Hukuman yang dikenakan terhadap Hoslan itu menyembunyikan isu sebenar kes itu iaitu dakwaan penyelewengan dana Masjid Ar-Rahimah,” tegas beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaffar.

Sehubungan itu, Faris menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan bersimpati dengan nasib bekas imam Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan yang terpaksa berpisah dengan isteri dan tujuh orang anaknya agar turun beramai-ramai pada himpunan tersebut.

Himpunan tersebut turut dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Pusat, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim).

Bawa dalam sidang Parlimen

Sementara itu, Firdaus berkata isu Imam Hoslan itu akan dibawa ke sidang Parlimen sama ada ketika perbahasan atau celahan bagi mendapatkan penjelasan daripada Menteri Agama.

Selain meminta bersikap tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran, Firdaus mendesak supaya membuat laporan polis atau mana-mana tindakan bersesuaian sekiranya mereka juga mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan wang di masjid.

“Sekiranya ada penyelewengan dana masjid yang ingin didedahkan, kita sedia membantu jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” tegas beliau.

Hoslan dikenakan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yangdipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin selepas panel itu menolak permohonannya untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Ini berikutam pendedahan beliau tentang dakwaan berlakunya penyelewengan wang Masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan yang dibuat Hoslan menyebabkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan memintanya mengosongkan kuarters.

1 ulasan:

reydyer berkata...

patut pun kena jail ada pulak baling kasut kat hakim. dimana pun kes macam ni pasti kena penjara. Tak hormat hakim mahkamah.