MSO
Kerajaan Kelantan sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah (saman) ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia kerana akhbar yang dianggap penyambung lidah syaitan itu memfitnah kerajaan Kelantan kononnya kerajaan Kelantan mengadai tanah rezeb Melayu.
Tindakan kerajaan negeri ini tidak sampai 72 jam selepas Anwar Ibrahim menghantar notis untuk berbuat demikian ke atas Utusan kerana memfitnahnya menerusi kenyataan manusia bernama Nalakarupan Karupa.
Sebelum ini Anwar telah pun beberapa kali mengambil tindakan ke atas akhbar berkenaan kerana membuat fitnah mentah ke atas beliau. Selain Anwar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain turut saman menyaman akhbar itu kerana atas kesalahan yang sama.
Setengah daripada saman itu telah diselesaikan dan didapati Utusan bersalah dan diperintah membayar kesekian banyak wang, manakala setengah yang lain masih dalam perbicaraan di mahkamah. Saya rasa kalau pun urusa niagan akhbar itu untung, (tidak untung pun) keuntungan yang tidak seberapa itu dihabiskan untuk membayar ganti rugi kerana kalah dalam saman.
Meneliti kepada saman-saman ke atas Utusan Malaysia ini sesuatu yang menarik sebenarnya. Ia jarang diberi kupasan di sebalik 'kerancakan' saman ke atasnya itu. Tindakan undang-undang yang diambil oleh individu atau organisasi ke atas akhbar itu menunjukkan ia galak melakukan atau menyiarkan berita yang tidak benar dan menimbulkan fitnah kepada pihak yang disasarnya.
Saman yang dikenakan tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Ia langsung tidak merubah sikap dan perangai busuk memfitnah pihak lain dilakukannya.
Saya rasa agensi berita yang paling banyak menhadapi tindakan saman oleh warga tempatan di negara ini ialah Utusan Malaysia? Kenapa ini berlaku? Selain daripada akhbar berkenaan sudah jauh tergelecah dari profesional atau menjadi media yang bertanggungjawab ia juga ada agenda di sebalik perbuatan akhbar itu sehingga ia boleh disaman dan tidak mempedulikan apa orang lakukan kepadanya.
Dalam hal ini saya nampak tindakan tidak profesional akhbar itu sudah disengajakan dan bukan lagi satu kesilapan-kesilapan salah dengar, salah lapor atau sebagainya. Saya anggap ia disengaja kerana akhbar itu yang didokong Umno seratus peratus sudah mengetahui jangka hayatnya. Keadaanya ke belakang ini sungguh kritikal sekali.
Mereka sudah tahu bahawa nasib dan jangka hayat Umno sudah dipenghujung. Unmo sudah pun sampai ke peringkat nazak. Pilihan raya ke -13 adalah hari penentuan nasib Umno. Jadi mereka yang menjadi alat propaganda dan 'keldai perut labuh' kepada Umno akan melakukan apa sahaja. Utusan sedang melakukan "kamikazi" untuk menyelamatkan Umno. Kerana itu ia tidak akan peduli kepada soal moral dan maruah lagi.
Justeru ia akan cuba memburuk dan damage pihak lain walaupun perbuatan mereka itu adalah seumpama mengulum lidah syaitan - fitnah dan khinat. Utusan tidak akan peduli lagi kepada profesilisme, ertika, adat dan sebagainya. Utusan akan landa sahaja persis babi terkejut boldozar yang sodok balak.
Kerana itu Utusan Malaysia tidak fikir lagi mengenai masa depannya kerana ia sudah tidak ada masa depan. Ia juga tahu apabila berakhirnya kerajaan UBN syarikat itu akan dihilang dan gulung tikar. Utusan Melayu (M) Berhada akan dimufliskan. Ini sudah dikaji dan diambil kira oleh Utusan Malaysia. Sebab itu apa yang saya laporkan minggu lepas Utusan sedang berbincang untuk menjualkan mesen cetaknya adalah sebahagian dari persediaan untuk memufliskan syarikat itu.
Soal saman, tindakan undang-undang dan cemuhan masyarakat ia tidak akan pedulikan lagi. Begitu juga masalah edaran merosot begitu teruk tidak menjadi masalah kepada mereka. Utusan tidak akan mengubah pendirian dan sikap diambil kini untuk menjadi kamikazi kepada Umno demi kerajaan UBN. Khabarnya hari ini pun Utusan hidup bukan dari hasil jualannya, tetapi ia dibantu oleh kerajaan UBN yang dibuat menerusi berbagai cara.
Sesungguhnya Utusan kini sedang berjudi dengan keadaan. Ia sedang menghitung nasib dirinya. Perjudian ini akan menentukan apakah ia terus wujud menjadi lidah syaitan kepada Umno ataupun ia akan hilang dan namanya akan wujud dalam lingkaran sejarah saja.
Berdasar hakikat itu Utusan saya yakin dan percaya akan terus membuat fitnah, menyiarkan berita-berita palsu, membuat provokasi, bersikap rasis dan juga menelanjangkan martabat dan profesionalimenya sendiri yang suatu masa dulu disanjung dan dihormati umum.
Lantaran itu tindakan saman ke atas akhbar itu tidak membawa apa-apa erti dan maknanya kepadanya. Akhbar itu tidak akan mempeduli semua itu. Sikap akhbar itu samalah dengan sikap orang kafir terhadap seruan-seruan Allah menerusi firmannya yang dimulakan dengan kata-kata; duhai orang-orang beriman. Disebabkan Utusan tidak beriman maka seruan itu tidak terpakai ke atas Utusan seperti mana tidak berlaku dan terpakai ke atas orang kafir mengenai seruan itu.
Sayang seribu kali sayang Utusan Malaysia yang dulu menjadi lidah pejuang untuk bangsa dan agama telah bertukar dan ditukar untuk menjadi media penjilat buntut dan menabur fitnah! Kelenyapan Utusan Malaysia menjadikan satu lagi 'mercu tanda' Melayu hilang di bumi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan