Sabtu, 3 Mac 2012

Ceramah: Wiliam Leong dipanggil polis untuk siasatan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Pihak Polis memanggil Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong untuk siasatan, dipercayai berhubung satu ceramah yang diadakan di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 18 Febuari lalu.


Beliau diminta untuk menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, jam 2 petang ini.

Wiliam, yang juga Bendahari Agong KEADILAN ketika dihubungi berkata,beliau menerima surat berhubung siasatan berkenaan dari IPD Gombak, Rabu lalu.

“Saya percaya ia ada kaitan dengan satu ceramah yang diadakan di Bandar Tasik Puteri dan siasatan di bawah Akta Himpunan Aman yang baru,”

“Ceramah itu diadakan kira-kira seminggu selepas Ahli Parlimen bebas, Zulkifli Noordin mengadakan ceramah di lokasi sama,” katanya.

Menurutnya, beliau akan hadir untuk membantu siasatan tersebut dengan diwakili peguam, Sivarasa Rasiah.

Tiada ulasan: