Rabu, 14 Julai 2010

MB Sasar Selangor Nadi Atlet Negara

TV SELANGOR

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan merangka beberapa program jangka panjang dan jangka pendek bagi program pembangunan Sukan Selangor bagi mengekalkan kejayaan Negeri Selangor dalam menjadi negeri utama pengeluar atlet kebangsaan yang berjaya.

Antara program yang bakal dirangka ialah program khas di Sekolah Pusat Sukan Negeri Selangor di Seksyen 11 Shah Alam, penerapan Sains Sukan secara menyeluruh dalam sistem kejurulatihan serta pendapatan di Kejohanan dalam dan luar negara.

Khalid berkara demikian menjawab soalan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam hal berkaitan, Khalid terus meningkatkan usaha membasmi masalah perjudian sukan yang mula bertapak secara haram di Negeri Selangor sejak pengumuman Kerajaan Persekutuan meluluskan judi Sukan di peringkat nasional sebelum menarik kembali keputusan itu bulan lalu.

"TIndakan proaktif hendaklah dipertingkatkan samada di peringkat IPK mahupun daerah dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan ini daripada membawa kesan buruk kepada masyarakat."

Tiada ulasan: