Ahad, 4 Julai 2010

Kerajaan Negeri Komited Bantu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil


TV SELANGOE


Kerajaan negeri komited memberi bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil dalam usaha mengangkat taraf pendidikan negeri Selangor.

Exco Selangor Iskandar Abdul Samad berkata anak-anak Selangor berhak kepada pendidikan yang berkualiti dan suasana pembelajaran yang selesa, dan kerajaan negeri akan cuba memenuhi hak tersebut dengan sumber yang ada.

“Ya kita bantu dan kita tidak kira, kita membantu dan yang penting kalau kita lihat dalam negeri Selangor ini, kalau kita lihat fokus kita kepada pembinaan modal insan, dari segi pendidikan, dan itu yang sebenarnya penting sebab mereka dan anak-anak ini adalah modal yang paling penting,” katanya.

Beliau telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu-bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Ong Pong 2, Pandan Mewah, Ampang.

Iskandar berkata dengan sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu pihak PIBG sekolah itu untuk membeli sistem pembesar suara dan untuk membuat pentas baru.

“Yang pertama saya bagi ADUN Cempaka, kita menyerahkan RM10 ribu untuk sekolah dan PIBG kerana mereka memohon bantuan untuk membuat pentas dan juga membeli p.a sistem yang baru jadi saya rasa kos lebih kurang RM40 ribu jadi kita berikan RM10 ribu,” katanya.

Beliau turut berkata pada bantuan yang lepas, kerajaan negeri telah memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk sekolah tersebut membuat tempat berteduh yang juga sebagai pesiar kaki untuk pelajar-pelajar berteduh selepas pulang dari sekolah.

“Pelajar-pelajar menghadapi masalah kalau mereka hendak menunggu ibu-bapa mereka, kalau hujan dan panas, mereka terpaksa basah, hujan dan panas. Ini tidak memberi keselesaan jadi saya telah berbincang dengan PIBG dan saya telah membina tempat berteduh ini dan hari ini kita merasmikan pesiar kaki ini,” katanya.

S.K.J (C) Ong Pong 2 mempunyai 1819 pelajar pada tahun ini dan sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan pada waktu pagi dan petang. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengerusi PIBG S.K.J (C) Ong Pong 2, Pandan Mewah, Ampang, Richard Tan.

“Saya amat gembira kerana dan setuju dengan tempat berteduh yang atas sumbangan dan wang tunai RM10,000, jadi saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri,” katanya.

Pada majlis tersebut, kira-kira 500 ibu-bapa hadir bagi menyambut berita baik berhubung sumbangan kerajaan negeri itu.

Tiada ulasan: