Selasa, 20 Julai 2010

IKYS tak ditutup, jadi kem motivasi

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menafikan laporan akhbar semalam bahawa Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ditutup berikutan pepindahan pelajarnya ke Kolej Antarabangsa INSPEN di Kuala Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa yang berlaku, Kerajaan Negeri sedang melakukan penyusunan semula instiusi pengajian tinggi milikannya.

Katanya, kawasan itu akan dibangunkan sebagai kem motivasi dan bina semangat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan negeri Selangor di dewan Jubli Perak di sini.

Abdul Khalid meminta ibu bapa tidak bimbang dengan langkah Kerajaan Negeri kerana perpindahan pelajar ke Kolej INSPENS tidak menjejas kualiti perbelajaraan.

Tiada ulasan: