Rabu, 21 Julai 2010

Bas ekspres terbakar 22 penumpang terselamat

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH — Seramai 24 penumpang termasuk dua pemandu bas terselamat apabila bas ekspress dua tingkat yang mereka naiki terbakar di Km 257.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar awal pagi ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Roslan Abdul Razak berkata kejadian berlaku pukul 2.25 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Shah Alam ke Alor Setar.

Kesemua mangsa terselamat apabila pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang keluar selepas menyedari asap tebal dikesan melalui injin hadapan.

Bas itu diberhentikan di tepi lebuh raya kira-kira 500 meter daripada Terowong Menora, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Roslan berkata kerugian dianggarkan lebih RM500,000 manakala punca kejadian masih belum diketahui.

Bas persiaran dua tingkat Shamisha Holiday itu baru dibeli dan dikatakan beroperasi sejak sebulan lepas, katanya.

Seramai enam orang termasuk dua jentera dikejarkan ketempat kejadian dan berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran selama 10 minit.

Sementara itu seorang penumpang, Azizah Khamis, 55, berasal dari Alor Setar berkata kejadian itu disedari apabila terhidu bau hangit dan ternampak asap dari arah injin hadapan bas.

Dia bersama tiga anaknya kemudian bergegas keluar tanpa mengambil beg pakaian serta tiga buah telefoh bimbit.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan telah menerima dua laporan daripada penumpang bas terbabit.

Tiada ulasan: