Dewan Rakyat hari ini menolak soalan seorang ahli parlimen yang
meminta Datuk Seri Najib Razak menyatakan jika Peguam Negara Tan Sri
Mohamed Apandi Ali masih berpegang pada pendirian bahawa dirinya tidak
melakukan sebarang kesalahan berhubung AS$681 juta yang dimasukkan akaun
bank peribadinya oleh seorang “penderma” Arab.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan soalan bertulis itu kepada perdana menteri.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam surat kepada Pua berkata soalan berkenaan ditolak kerana ia hanya ‘sangkaan’. Huruf perkataan ‘sangkaan’ itu dicetak dengan huruf tebal.
“Soalan saya telahpun ditolak atas alasan bahawa ia merupakan sangkaan.
“Kita masih ingat pada Januari tahun lalu, AG (peguam negara) memang buat sidang media yang beliau umum bahawa PM (najib) tak salah.
“Wang yang masuk dalam akaun PM merupakan sumbangan derma dari Arab Saudi,” kata Pua kepada wartawan di bangunan Parlimen hari ini.
Oleh itu, Pua mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dapat dirakamkan di Parlimen.
“Adakah AG masih lagi memegang pendirian bahawa wang itu datang dari derma atau dah tukar fikiran dan tak nak jawab soalan saya.
“Kenapa PM sendiri tak berani datang parlimen untuk nafikan wang ini datangnya dari 1MBD dan berpunca dari derma kerabat diraja (Arab Saudi)," katanya.
Pua berkata, setakat ini, hanya konco-konco Najib yang bercakap bagi pihaknya berhubung perkara itu.
“Beliau sendiri tak pernah datang ke parlimen untuk jawab soalan yang penting ini yang telah jatuhkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa dan Malaysia ekarang dikenali sebagai global kleptokrasi," kata pemimpin DAP itu.
Dana AS$681 juta itu itu dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit pertama didedahkan pada bulan Julai 2015.
Jabatan Keadilan (DOJ) yang sedang menyiasat penyelewengan 1MDB yang dikatakan digubah secara haram melalui sistem kewangan Amerika Syarikat, mendakwa AS681 juta disalurkan kepada "Malaysian Official 1".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa "Malaysia Official 1" adalah perdana menteri.
Najib sebelum ini enafikan wang itu berasal dari 1MDB dan menegaskan ia adalah sumbangan dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Beliau juga menafikan salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan