OLEH HAFIZAN TAIB
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor digesa memberi jawapan mengenai kenyataan beliau mahu menjadikan Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan Melaka sebagai Wilayah Persekutuan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, sewajarnya penjelasan diberikan berhubung perkara itu kerana ianya cadangan bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
“Saya cukup kesal terhasap sikap Tengku Adnan yang bersembunyi di belakang prosedur Parlimen dan enggan menjawab kenyataannya.
“Saya mencabar beliau menjawab dengan terus terang dan jangan baling batu sembunyi tangan. Itu perbuatan budak sekolah,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau kenyataan itu ekoran pertanyaan lisannya ditolak Speaker Dewan Rakyat atas alasan “belum menjadi masalah” atau “perkara yang dimisal-misalkan”.
Bagaimanapun, Tze Tzin berkata, temubual antara Tengku Adnan dengan BFM pada 1 Februari lalu mengenai hasratnya itu bukan “perkara yang dimisal-misalkan tetapi kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan yang “sudah menjadi masalah”.
Katanya sebagai wakil rakyat Pulau Pinang, beliau menjalankan tanggungjawab terhadap pertanyaan itu mewakili 1.7 juta rakyat negeri berjuta lagi dari Kedah, Melaka dan yang lain.
“Cadangan ini juga bercanggah dengan perlembagaan kerana Wilayah Persekutuan ditubuhkan untuk memusatkan kuasa kepasa Kerajaan Pusat. Ini adalah cadangan bermotif politik.
“Wilayah Persekutuan juga berbeza dengan negeri lain yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN). Kekurangan demokrasi serta semak dan imbang menyebabkan banyak berlaku rasuah juga kepincangan dalam pentadbiran,” katanya.
Katanya, cadangan itu jelas menimbulkan masalah hingga Sultan Johor melahirkan rasa tidah puas hati.
=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan