"Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).
"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di Kota Bharu semalam.
Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Jamil Khir berkata perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Nurul Izzah Anwar bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa kenyataan beliau dalam forum awam itu menggalakkan umat Islam murtad.
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.
Sementara itu, mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeri akan diperbaiki.
Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapai matlamatnya.
Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangansiaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan