SETIU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memuji sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dan Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang bertegas mahu Jawatankuasa Parlimen itu menyiasat Dana Awam yang digunakan oleh Syarikat Lembu dan Daging Negara (National Fidlot Corporation – NFC).
Beliau yang merupakan anggota Prlimen Kuala Terengganu memaklumkan bahawa beliau sendiri berjumpa Ahli Parlimen Padang Besar itu di Parlimen beberapa hari lalu.
“Dia (Azmi Khalid) kata nak terus juga siasat, ia (PAC) dalam bidang kuasa parlimen pasal (NFC) melibatkan harta kerajaan,
“jadi apa juga yang dilapor tentang penyelewengan dia (PAC) kena siasat,”ujarnya ketika ditemui dalam program Minum Petang Santai Bersama Rakyat Jabi disini pada Khamis 22 Mac.
Menurut Wahid, Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghalang siasatan itu kerana kata Pandikar Amin kes NFC telah berada di mahkamah.
Justeru, Speaker berkata oleh kerana itu, ia tidak boleh disiasat oleh PAC.
Namun begitu kata Wahid, Azmi bertegas mahu meneruskan siasatan walaupun kes NFC beada di mahkamah kerana PAC tidak menganggu kerja-kera mahkamah.
“Dia (Azmi Khalid) kata, (kes NFC) di mahkamah itu kerja mahkamah lah, PAC tidak ganggu, mahkamah buat kera mahkamah dan PAC buat kerja PC,”jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Wahid berakta beliau akan mendedahkan nama-nama ADUN dan Ahli Parlimen Umno Terengganu yang mendapat tanah seluas satu hektar seorang pada satu sidang media di Pejabat PAS pada Sabtu 24 Mac.
“rakyat susah nak dapat tanah, ADUN dia (Umno) dapat tanah, ahli parlimen dia dapat, jadi Mad said (MB Terengganu) suruh saya dedah, lusa (24 Mac Mac) saya akan dedah lah,”tegasnya.
Pada minggu lalu, Wahid telah mendedahkan bahawa Umno dan Barisan Nasional Terengganu tekah mengagih-agihkan tanah kepada wakil-wakil rakyat termasuk ahli parlimen sedang pada masa yang sama tanah-tanah rakyat termasuk tanah sekolah agama dirampas.
Selain itu, rakyat yang bernasib baik mandapat tanah daripada kerajaan negeri hanya menerima 1 lot tapak rumah berbanding 1 hektar tanah yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang boleh diecahkan kepada 20 lot tanah yang sama dengan saiz tanah yang diterima rakyat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu bersama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan Terengganu mengadakan lawatan kerja ke DUN Jabi, yang merupakan salah satu DUN sasaran PAS untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain program Minum Petang, mereka mendengar taklimat dari bilik gerakan DUN Jabi dan bertemu dengan semua jentera DU dalam Majlis Taklimat serta Penerangan pada sebelah malamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan