Ahad, 4 Mac 2012

Soalan buku latihan sejarah timbulkan kemarahan


Nigel AwSebuah buku latihan sejarah bagi pelajar tingkatan lima yang memuatkan soalan tentang cara-cara mempertahankan status orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Salinan buku dan soalan itu dimuat-naikkan di Facebook pada 26 Februari dan telah dikongsi oleh hampir 3,000 pengguna lain.

NONEBuku latihan sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada siri latihan topikal yang diterbitkan oleh Oxford Fajar untuk pelajar tingkatan lima di bawah tajuk “Effective Practise”.

Soalan yang dipertikaian adalah soalan pada halaman 31 yang berbunyi: "Sekiranya anda seorang pemimpin, nnyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan status quo Melayu."

Warga maya, Jack Lim yang memuat naikkan soalan itu, menulis di Facebook: "Saya singkap buku latihan sejarah anak gadis saya dan soalan itu menarik perhatian saya. Sedih anak-anak saya terpaksa belajar di negara ini. "

Selain itu, terdapat pelbagai bidasan dari pembaca lain berhubung soalan berkenaan.

"Ini adalah kerja mereka yang bersifat rasis tetapi bersembunyi di dalam sistem negara ini," kata Chin Yew Meng di Facebook, manakala Vincent Wong menambah: "Ini kerja orang sakit"

Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, pengurus editorial unit sains sosial, Oxford Fajar Nurazizan Abdul Aziz menjelaskan bahawa soalan itu diambil dari luar konteks.

"Apabila soalan dibuat, ia dalam konteks 'orang Melayu menentang British', bukannya ‘orang Melayu menentang mana-mana kaum-kaum lain.’

"Jangan salah faham, ia adalah mengenai Malayan Union, bukan Melayu seperti kedudukan mereka sekarang," katanya.

Menurut Nurazizan, semua soalan telah dibuat berdasarkan buku teks yang ditetapkan oleh kerajaan kepada sekolah menengah, dan tidak ada niat di pihak penerbit untuk menyinggung sesiapa.

Tiada ulasan: