Isnin, 26 Mac 2012

Shahrizat jelajah negeri

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

shahrizat

AYER KEROH - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan bertemu ketua wanita setiap negeri dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas bagi menentukan nama calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, pertemuan terakhir itu adalah bagi mendapatkan senarai calon untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pertemuan itu untuk mendapatkan cadangan terakhir dan sudah semestinya nanti akan ada penambahan calon wanita Umno pada PRU13,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Keluarga di Dataran Sejarah, di sini, semalam.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Wanita Umno juga telah bersiap sedia menghadapi PRU13.

“Saya yakin pengundi wanita akan bagi sokongan hebat kepada Perdana Menteri kerana di bawah kepimpinan Perdana Menteri, isu-isu wanita mendapat pembelaan yang tiada tolok bandingnya,” katanya.

Tiada ulasan: