Dalam Pilihanraya 1994, PBS dibawah pimpinan Pairin Kitingan berjaya menumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Bila Pairin pergi ke Istana Yang diPertua Negeri, istana didapati berkunci dan Yang dipertua Negeri Sabah “hilang”. Orang-orang PBS terpaksa duduk dalam kereta dan menunggu didepan istana Yang di Pertua Negeri selama 36 jam.
Dalam masa 36 jam itu, BN cuba membeli ADUN-ADUN PBS yang menang tapi nasib baik, semua ADUN PBS yang menang telah dikurung didalam kereta dan “berkampung” didepan istana YDP.
Dalam PRU 1999, ramai orang beranggapan bahawa BN juga akan ditumbangkan. Ramai pemimpin Umno membeli insurans BA masa tu malah kebanyakan kempen-kempen BA masa tu ditaja oleh orang-orang Umno.
Mahathir sendiri takut BN akan kalah. BA cukup yakin untuk menang dan sudah bersedia dengan perancangan untuk mengambil alih kerajaan. Nasib tak baik, BA gagal mendapatkan kerusi majoriti. Tapi kalau menang pun, belum tentu boleh mengambil alih kerajaan sebab Yang DiPertuan Agung telah dibawa lari ke Langkawi pada malam keputusan pilihanraya diumumkan. Kalau pun BA menang, UstazFfadhi Noor yang memimpin BA masa tu akan terpaksa berkampung diluar pagar istana. Dalam masa itu, macam-macam boleh berlaku.
Dalam PRU 2008, SPR telah menangguhkan pengumuman keputusan pilihanraya dikebanyakan tempat. Di Perak, kita tak tau kita dah menang..sehinggalah pukul 10.30 malam. Di Kuala Kangsar, keputusan pilihanraya diumumkan oleh SPR pada jam 11.30 malam. Dalam TV3, terus blackout.
Dari pukul 7 petang hingga jam 12 malam tu, BN sibuk mencari jalan macam mana nak terus berkuasa. Masa tu jugalah Harussani dipertanggungjawabkan untuk berjumpa PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Masa tu juga Zambry Kadir menawarkan jawatan MB kepada Nizar. Tapi nasib BN tak baik, depa tak mampu juga untuk mempengaruhi ADUN PAS.
PRU 13 ni macam mana?
Umno sendiri sudah goyang. Daim kata BN cuma selamat ditiga buah negeri. Najib pulak sudah membayangkan “hung parliament”. Yang ini tak penting sangat..yang penting bila Najib kata dia akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.
SPR sudah boleh membuat ramalan keputusan seawal pukul 3 petang..walaupun pengundi belum habis mengundi. Dari culaan setiap jam, SPR sudah tau sama ada BN akan menang atau kalah. Semasa PRK Bukit Gantang, BN dapat tau lebih awal..sebelum masa pengundian ditutup lagi. Semua menteri kabinet dan pemimpin Umno sudah keluar dari Bukit Gantang sebaik saja masa mengundi tamat pukul 5…walaupun masa tu undi belum dikira.
Dalam PRU 13 ini, kalau kita tak buat persediaan lebih awal, kita akan ditipu oleh BN dan SPR lagi. Bayangkan kalau berlaku keadaan macam ni.
Selalunya, keputusan di Sabah dan Sarawak akan diketahui lebih awal kerana jumlah undi yang sikit. Dari jumlah 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, BN menang 30, Bebas menang 6 kerusi dan PR menang 20. Aku percaya, SPR tidak akan mengumumkan keputusan ini kerana menunggu keputusan di Semenanjung.
Macam mana kalau BN menang 80 kerusi dan PR menang 85? Satu lagi kerusi dimenangi oleh Matsamankati atas tiket Bebas.
Jumlah keseluruhan: BN 110. PR 105. Bebas 7. Apa akan berlaku?
Bagaimana kalau BN menawarkan RM10 juta seorang kepada 7 orang calun Bebas untuk menyertai BN? Masa tu aku pun goyang. Bukan takat calon Bebas saja..calon-calon PR pun mungkin ada yang bersedia melompat.
Macam mana kalau ada calon-calon PR yang melompat lari menyertai BN adakah hangpa suka? Aku tau ini soalan bodoh…tapi kita kena ingat bahawa calon yang menang tu pun tak bodoh. Jangan kata calon yang melompat tu tak ada akai..sebab depa boleh nampak RM10 juta.
Macam mana pulak kalau ada calon-calon Bn yang melompat masuk menyertai PR..adakah hangpa suka? Yang ni aku tau..mesti ada yang berbelah bagi. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. tapi aku pasti…ramai yang bersetuju. Kalau calon PR lompat ke BN..kita setuju. Kita kata depa ni dah insaf atau sedar. Tapi kalau calon PR yang lompat masuk BN, yang tu kita panggil katak..tak ada prinsip.
Sapa yang tak ada prinsip? Kalau kita ada prinsip..apa yang perlu dibuat?
Kita tak boleh harap SPR untuk buat pengumuman sebab dalam masa dua tiga jam selepas keputusan diperolehi di setiap kawasan Parlimen, macam-macam boleh berlaku.
Rakyat perlu mendapat keputusan pilihanraya secara live..bagi setiap Daerah Mengundi. Setiap ejen mengira undi perlu melapurkan keputusan bagi Daerah Mengundi kepada Bilik Gerakan sebaik saja selesai proses pengiraan undi dan borang 14 dikeluarkan. Bilik Gerakan perlu memuatnaik keputusan ke satu laman web yang disediakan dimana setiap pelayar internet akan dapat melihat keputusan tersebut.
Dengan cara ini, semua orang dah boleh tau keputusan tak rasmi sebaik saja proses pengiraan undi selesai dilakukan. Kalau keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR jauh berbeza dengan keputusan tak rasmi..kita tau apa yang berlaku. Sebelum SPR mengumumkan keputusan, kita dah tau sama ada menang atau kalah.
Kalau menang kita nak buat apa..dan kalau kalah kita nak buat apa? Itu bukan kerja aku dah. Kalau dah mennag pun tak tau nak buat apa..lebih baik toksah menang. Tapi kalau kalah?
Kalau dah kalah baru kata SPR menipu..SPR menyeleweng..tak guna dah. Kalau kita nak kata SPR menipu dan SPR menyeleweng..kita kena buat sebelum keputusan diumumkan.
Tapi sapa nak buat benda ni? Hangpa nak harap AJK Cabang yang pegang mouse pun ngetor? Cuba tengok..peringkat negeri pun ada ka laman web depa?
Rais Yatim yang sebelum ini mengutuk Blogger pun dah buat Konvensyen Blogger Umno dan siap buat kenyataan..” Social Media A Game Changer in PRU 13″.
Bukan takat tu saja, Unit Media Baru Umno dah buat retreat di Janda Baik untuk menyusun strategi macam mana nak menghadapi PRU 13 nanti.
Kita dah buat apa?
Kamon la. Dalam setiap pilihanraya, setiap calon akan membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk poster, banner, bendera, ceramah…tak kan la untuk persiapan untuk media baru ni dua tiga ribu pun tak mampu?
Kalau setiap parti yang bertanding di Perak mengumpul seribu ringgit untuk setiap Parlimen..dah ada 24 ribu. Tak cukup ka?
Kalau bagi kat TV Selangor memang la tak cukup sebab gaji CEO pun dah puluh ribu. Tapi kalau bagi kat blogger-blogger yang selama ini buat kerja secara free..gunakan duit itu untuk membangunkan sistem penyebaran maklumat semasa pilihanraya..aku rasa lebih dari cukup.
Amacam? Dalam posting yang lalu, Mustapha ada buat komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan