MALAYSIA KINI
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihati rakyat agar tidak terpedaya dengan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab mengenai skim penjagaan kesihatan 1CARE kerana ia masih di peringkat perbincangan dan belum mempunyai pelan tindakan.
Ahli Parlimen Bentong itu berkata, pihaknya masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai sistem penjagaan itu, justeru apa jua kenyataan yang wujud mengenainya adalah tidak betul.
"Ini semua spekulasi kerana ia masih di peringkat awal dan tidak pun sampai di mana kita berbincang sama ada kita setuju atau tak setuju model ini, barangkali kita semua tak setuju.
"Sebab itu saya nak nyatakan di sini apa yang diuar-uarkan sekumpulan pihak yang buat roadshow (menjelajah ke merata tempat) sebelum ini adalah tidak bertanggungjawab kerana belum ada apa-apa keputusan dibuat mana-mana pihak berhubung peningkatan sistem kesihatan kita sekarang," katanya semasa menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang ingin tahu mengenai sistem kesihatan itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, perkara sama dijelaskan dalam satu kenyataan pada 4 Mac lalu bahawa dalam usaha meningkatkan kualiti sistem kesihatan negara, kerajaan masih meneliti pelbagai model termasuk model insurans kesihatan, model insurans kesihatan sosial, model percukaian dan lain-lain model hibrid termasuk menerusi penyertaan kerajaan-majikan-pekerja dan skim 1CARE.
Sebelum ini, Liow berkata wujud dakwaan bahawa kerajaan akan menswastakan badan yang menguruskan dana kesihatan skim itu, mengehadkan hanya enam temu janji pesakit dengan doktor setahun tanpa kebenaran memilih doktor dan mewajibkan rakyat untuk mencarumkan pendapatan sebanyak 10 peratus.
"Dakwaan potongan gaji 10 peratus adalah tidak benar. Sebenarnya ia adalah anggaran bagi perbelanjaan rawatan kesihatan bagi seluruh isi rumah untuk setahun dan bukan untuk individu.
"Mengehadkan temu janji dengan doktor juga tidak munasabah kerana kita faham ada pesakit yang memerlukan lebih rawatan dan ada yang memerlukan kurang.
Sebenarnya enam temu janji itu adalah anggaran penggunaan klinik primer secara purata oleh rakyat dalam setahun," katanya.
Menjawab soalan tambahan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang mendakwa kementerian sudah menyerahkan pelan tindakan skim itu kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Liow yang menafikan perkara itu, berkata pihaknya hanya menyerahkan buku konsep dan bukannya pelan tindakan bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat kajian lebih mendalam mengenai skim itu.
Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan pelan tindakan untuk skim 1Care dalam masa dua tahun dan mengkajinya secara mendalam sebelum ia dilaksanakan.
"Apabila pelan tindakan ini siap, kita akan kembali kepada rakyat, jelaskan bahawa inilah maklum balas yang diterima, inilah perkaranya yang ingin kami lakukan. Bagaimana kami melaksanakannya dan kemudian kami teliti bagaimana maklum balas rakyat. Ia adalah satu tindakan sangat komprehensif yang akan diambil kerajaan bagi mengkaji sistem kesihatan di negara ini," katanya. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan