Sabtu, 3 Mac 2012

Jumlah kematian akibat denggi membimbangkan

MALAYSIA KINI

Jumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila mencatatkan 15 kematian berbanding lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata daripada jumlah kematian itu, tiga daripadanya adalah kanak-kanak.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905"Situasi denggi di negara kita tidak begitu baik, kes-kes telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu lebih dua kali ganda (sepanjang Januari dan Februari tahun ini) berbanding tempoh sama tahun lepas" katanya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Penyelamat Nyawa 2012 di Sekolah Menengah Vakasional Kajang hari ini.

Katanya jumlah kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga awal Mac tahun ini juga menunjukkan peningkatan 14 peratus di mana sejumlah 4,453 kes dilaporkan berbanding 3,915 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi mengelakkan kes denggi terus meningkat, Dr Hasan berkata masyarakat perlu memastikan kebersihan di rumah dan kawasan perumahan mereka serta menjalankan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Jika setiap ahli masyarakat melakukan aktiviti seperti ini, maka lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan," katanya. Bernama

Tiada ulasan: