KENINGAU: Golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun telah dikenalpasti sebagai golongan yang paling ramai dikesan mengambil dadah.
Sehubungan dengan itu tumpuan diberikan khusus kepada golongan ini dari segi pendidikan pencegahan, rawatan, perubatan dan pemulihan serta juga pengesanan dan pengawasan, untuk membantu diri sendiri dan rakan sebaya mereka daripada terus terlibat dalam kegiatan tidak sihat ini.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bahagian Negeri Sabah, Bakri Bibi berkata, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), telah menubuhkan Program Sukarelawan Skuad 1Malaysia sebagai satu program utama pencegahan, publisiti dan kesedaran awam bagi agensi itu mengenai salah guna dadah.
Bakri berkata demikian di Majlis Program Skuad 1Malaysia Daerah Keningau anjuran agensi berkenan dengan kerjasama GDW Kg.Merampong, Apin Apin disini. Program tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sairin Karno.
Menurut Bakri lagi, idea skuad 1Malaysia dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran agensi itu sebagai pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, selain merupakan medium perantara untuk merapatkan jurang antara AADK dan belia dalam usaha untuk menggerakkan belia membanteras dadah.
“Skuad 1Malaysia memberi peluang kepada golongan belia yang berminat untuk membantu kerajaan dalam bidang pendidikan pencegahan, publisiti dan juga kesedaran awam memastikan program yang disediakan berupaya membantu mencapai matlamat negara bebas dadah menjelang tahun 2015,” kata Bakri.
Katanya, belia sebagai pelapis kepimpinan negara di masa depan perlu mempunyai pengetahuan dalam semua aspek ini bagi menolak gejala dadah sekaligus memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama ahli dan melaksanakan program–program pencegahan dan mememerangi ancaman dadah melalui program itu.
Beliau berkata, melalui program itu, AADK dapat menyampaikan maklumat terkini berkenaan dengan transformasi dalam bidang rawatan, perubatan dan pemulihan dalam membantu kearah proses pemulihan seseorang yang memiliki masalah berkaitan dengan dadah.
“Konsep rawatan secara sukarela dan tanpa paksaan ini adalah bersifat open acces atau memberi ruang dan peluang untuk berubah dan terus menjauhi dadah menerusi program-program yang menggabungkan unsur psikososial, kerohanian dan juga perubatan kesihatan untuk memberi peluang rawatan dan perubatan terhadap individu yang ingin kekal pulih dan bebas dari dadah,” kata Bakri.
Dimana AADK Keningau turut menawarkan perkhidmatan itu kepada mereka yang mahu dipulihkan dan bebas dari masalah dadah.
Katanya, pihak AADK Negeri Sabah mengharapkan masyarakat khususnya golongan remaja dan belia dapat bersama dengan agensi itu untuk mengorak langkah dengan membentuk satu pasukan sukarela dan bersifat community oriented policing dan smart partnership yang digerakkan sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancamanan dadah di kawasan masing-masing.-new sabah times-
13 ulasan:
Lebih baik tumpuan perlulah diberikan kepada golongan belia ini seperti kesedaran tentang bahayanya dadah dan impak negatif yang akan timbul disebabkan dadah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Semoga Program Anti Dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan membantu golongan ini menjauhi diri daripada menyalahgunakan dadah.
Golongan belia merupakan golongan yang mudah terpengaruh. Program Sukarelawan Skuad 1Malaysia diharap dapat memberi impak yang berkesan bagi menyedarkan golongan ini untuk menjauhi diri daripada dadah.
Golongan belia mudah terpengaruh. Harap kerajaan dapt manganjurkan lebih banyak program untuk menyedarkan belia tentang dadah.
Belia itu sendiri perlu sedar bahawa dadah akan merosakkn hidup kita.
golongan belia harus dididik sejak awal akan bahayanya dadah. agar mereka menghindarinya.
Hope the anti drugs association can put a stop to these age group of people.
Pengambilan Dadah bukannya pilihan yang perlu dicontohi.
Kerajaan perlu memberikan pendedahan kepada golongan belia keburukkan dadah dan juga memastikan pendidikan sosial dan moral diberikan.
It's gonna take some time to solve this problem.
untuk membanteras penyalahgunaan dadah, penyelesaian perlu bermula daripada penawaran.. pihak berkuasa perlu melipat-gandakan usaha bagi mengesan pembekal dan pengedar dadah..
Penyalahgunaan dadah meruntuhkan sesebuah masyarakat.
Baru2 ini pun budak bawah umur ditangkap kerana menjual dadah. Dipercayai kanak2 PATI. Pihak berkuasa dan orang ramai kena saling bekerjasama untuk tumpaskan sindiket penjualan dadah.
Catat Ulasan