Jumaat, 11 November 2016

Tun M, Muhyiddin berucap di konvensyen pertama Pakatan Harapan Sabtu ini

MALAYSIA TODAY


Mahathir-Muhyiddin


(MMO) – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang menyampaikan ucapan sempena konvensyen pertama gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Sabtu ini.

Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebahagian PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Dr Mahathir akan menyampaikan pidato khas di Shah Alam.

Manakala presiden Muhyiddin akan memberikan ucapan bersama-sama dengan tiga pimpinan utama PKR, DAP, dan Amanah.

“Matlamatnya ialah membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat, dan mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang melawan BN dalam PRU14,” kata setiausaha PH dalam kenyataan hari ini.

Katanya, konvensyen akan dihadiri 1,000 orang dan diisi dengan perbahasan beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhamad Sabu.


Tiada ulasan: