Isnin, 28 November 2016

'Kamu tak kacau Akta 355, kami tak tentang Akta 164'

MALAYSIAKINI


PAS hari ini menyatakan kebimbangan terhadap bantahan berterusan masyarakat bukan Islam terhadap usul untuk menambah hukuman Mahkamah Syariah.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata jika usaha itu diganggu, mungkin berlaku akan menyebabkan perkara sama berlaku terhadap undang-undang melibatkan bukan Islam.

“Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan.

“Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya.

“Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam.

“Kalau nak main macam itu kita pun boleh tentang pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian),” katanya.

Takiyuddin justeru meminta golongan bukan Islam tidak mengganggu usaha mereka meminda Akta Mahkamah Syariah dan mereka juga akan berkompromi dalam isu-isu bukan Islam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah, yang mahu menambah jumlah hukuman kepada maksimum penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan sebat 100 kali.

Cadangan itu akan dihuraikan dalam sesi parlimen tahun depan

Tiada ulasan: