Ahad, 6 November 2016

Barat Sudah Temui Pengganti Anwar ?

 

 


Al-Azharri Siddiq Kamunri – Kejayaan Agen Barat Di Tanah Arab.


1) Ada banyak ‘agen tidak disedari’. Kita kena mengkaji lagi sejarah SMAWahhab, Jamaludin Al-Afghani Sh Mohd Abduh, Rashid Reda dll, khususnya SMAW. SMAW tidak direkrut, tetapi hasil analisis Barat terhadap empayar Uthmaniyyah (kekuatan dan kelemahan) hasil analisis agen Barat seperti Hempher dan lain-lain terhadap SMAW, beliau adalah orang yang sesuai untuk memecahkan Uthmaniyyah dari dalam.
Maka beliau didorong, digalak, didedahkan, untuk meneruskan agenda Wahhabi beliau dan memecahkan Uthmaniyyah. SMAW dipertemukan dengan Saud dan bergabung tenaga untuk menguasai Semenanjung Arab. Agenda Wahhabiah untuk agama Islam telah dikaji Barat dan sangat sesuai untuk memecahkan Islam dari dalam. Harus diketahui bahawa agenda dan strategi barat berubah setelah kalah perang salib.

2) Keadaan ini berterusan apabila Barat mendekati Syarif Hussain (pemerintah Mekah) dan berjanji bermacam-macam untuk memberontak lawan Uthmaniyyah atas ‘dasar kebangsaan/bangsa Arab’ tapi Syarif Hussain tidak tahu janji Barat dengan Saud, konvensyen Balfour (untuk menubuhkan Israel) dan lain-lain. Akhirnya Syarif Hussain terlepas Mekah, dapatlah jadi Raja Jordan dan Mekah pula jatuh kepada kumpulan Wahhabiah, yang lebih rapat dengan British.
Kegagalan Agen Barat Ke Atas Anwar

3) Di Malaysia, DS Anwar Ibrahim adalah antara orang yang didekati semenjak 1970-an melalui gerakan Wahhabiah sedunia yang bernaung atas pelbagai organisasi seperti WAMY dan juga badan Islam spt IIIT. Arwah Ismail Faruqi yg disasarkan menjadi Rektor UIA merupakan pendokong kuat Wahhabi. Beliaulah yang berjaya meyakinkan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menerima masuk Anwar masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981 dahulu (rujuk buku SYAA).

4) Apabila menyertai kerajaan, tanpa Anwar sedari dia didekati dengan pelbagai agensi, yayasan dari Barat seperti Konrad Adenaur, GMB, AA, CMCU, NED dan lain-lain. Malah pelbagai urusan dan aktiviti Anwar pasca dibebaskan dari penjara ketika di luar negara amat jelas hubungan beliau dengan tokoh-tokoh Barat yang terlibat dengan New World Order seperti Paul Wolfowitz, William Cogen, John Eposito, Carl Gerhsman dan lain-lain. Anwar memang merupakan ‘wakil Barat’ untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bernasib baik kerana ini tidak berlaku.

5) Didikan politik Barat seterusnya adalah pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang sebenarnya masih mentah dalam memahami agenda Barat terhadap Malaysia. Seorang AMT PKR mengiakan kepada saya tentang kementahan Rafizi, tetapi boleh dipergunakan.
Mereka nampak hebat dalam beridealisma dan berhalusinasi kepada rakyat, namun seringkali mereka tersalah langkah sebagai Rafizi terpaksa membayar RM200,000 kepada NFC. Hari ini, rakyat dapat melihat kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah hasil Fitnah ke atas Shahrizat dan keluarganya. Hari ini, kemenangan Nurul Izzah menjadi tidak bermaruah dan tidak bernilai.

Agen Barat Mendekati Golongan Agama

6) Barat sudah lama memerhatikan agamawan-agamawan popular di Malaysia. Dengan pendedahan pendidikan di universiti-universiti barat, dengan kecelaruan aqidah dan Fiqh yang dianuti agamawan ini, maka dia berganjak dan berubah jadi semakin liberal.
Dia terpengaruh dengan kebebasan dan nilai-nilai Barat apabila hidup di barat dalam tempoh yang agak panjang. Dengan orang kafir dia baik sahaja, dengan sauadara seagama khususnya ASWJ dia bermusuh sahaja. Ini fikrah Wahhabiah, sama dengan kumpulan terrorist yang pada asalnya membunuh orang Islam dan tidak menggangu orang Barat.

7) Barat sudah pasti mengikuti dan mempunya rekod segala pandangan dan tulisan agamawan ini dan tahu tentang perubahan pemikirannya. Dengan pengaruh dan popular atas kepandaian mengambil kesempatan atas isu untuk popular, atas kekurangan pemerintah negeri tentang agenda Barat kepada agamawan populis, maka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat Barat dan NGO/wakil mereka di Malaysia mendekati diri populis agama ini. Popularitinya diharapkan dapat menarik pengikutnya untuk turut menjadi liberal, memecahkan undi Islam, melemahkan politik Islam dan lain-lain.

8) Barat tidak perlu merekrut populis agamawan ini, cukup mendedahkan, berkawan, memberi galakan, dorongan untuk dia bertindak kerana beliau mempunya kualiti seperti SMAW, petah berkata, popular, kontroversi, ‘boleh dipergunakan’ dan lain-lain faktor untuk merosakkan Malaysia dari dalam sepertimana SMAW digunakan untuk merosakkan Uthmaniyyah dari dalam.

9) Sebab itu kita melihat agamawan ini mula dihubungi, terlibat dengan pelbagai program-program liberal anjuran NGO pro barat ini. Ini seperti hubungan SMAW dgn Saud untuk menghancurkan Uthmaniyyah dan memberikan kekuatan kepada program ini kerana ada sokongan ‘org agama’. Dalam masa yang sama, PKR, DAP, PAN dan beberapa parti di Sabah/Sarawak memang berkongsi visi yang sama dengan populis agamawan ini dan golongan liberal ini.

10) Itulah peranan populis agamawan ini, memecahkan sokongan dan perpaduan Islam, menarik orang jauh dari agama, meremehmudahkan urusan agama, menjauhkan orang Islam dari kerohanian yang merupakan teras kekuatan Islam, bagi orang menyampah, meluat, tidak percaya dengan institusi agama, ulamak/ustaz, ini akan sebabkan orang makin rujuk/belajar dengn sheikh Google/YouTube, bukan belajar secara talaqqi, menghantar orang-orang dia menyerap masuk dalam pelbagai institusi agama dan agensi/kementerian, ringkasnya meruntuhkan dan merosakkan Islam dari dalam, sama seperti peranan SMAW.

11) Kalau PKR dan DAP memerintah Malaysia, populis agama akan dinaikkan menjadi menteri agama, dan mungkin sebagai Perdana Menteri pun, tidak mustahil. Kerana Barat melihat Anwar sudah gagal.

12) BERSIH1 hingga BERSIH5 adalah agenda agen Barat, sebab itulah PAS menarik diri selepas menyedari mereka sering dipergunakan ketika bersama Pakatan Rakyat. PAS sudah insaf.

Selamat Membaca,
Selamat Berhujung Minggu,
Selamat Berfikir.

Tiada ulasan: