Selasa, 13 November 2012

“Sindrom Penafian”, UMNO anggap rasuah sekadar “persepsi”

 Roketkini.com

PAPAR: Tidak berpijak di bumi nyata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor yang mendakwa tuduhan bahawa UMNO menghadapi masalah rasuah diakibatkan oleh persepsi merupakan satu penyakit “sindrom penafian” yang sedang melanda parti itu.

Walhal sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri pernah menyebut mengenai kemelut politik wang yang melanda UMNO. Adakah kenyataan Tengku Adnan itu boleh dinggap menyanggah kenyataan pemimpin agung mereka itu?

Dalam ucapannya malam tadi, Ketua Parlimen, Lim Kit Siang berkata, masalah sebenar UMNO ialah isu korupsi di kalangan pimpinan mereka sendiri.

“Adakah UMNO tidak sedar mereka bertanggungjawab terhadap kedudukan terburuk Malaysia 17 tahun lalu dalam Indeks Rasuah Transparency International (TI CPI)?

“Ketika Indeks Rasuah TI diperkenalkan pada 1995, Malaysia menduduki tangga ke-23. Saya masih ingat ketika itu Mahathir menganggap ia adalah konspirasi barat untuk merendah dan memburukkan martabat negara-negara Asia,”

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir telah menukar nada beliau pada Oktober 2003 selepas melepaskan jawatannya dengan menyeru agar negara harus menduduki tempat ke-10 teratas paling kurang rasuah mengikut indeka TI CPI.

Namun, setelah beliau meletakkan jawatan, kedudukan TI CPI Malaysia jatuh mendadak daripada nombor 23 pada 1995 kepada kedudukan ke-37.

Kata Kit siang lagi, kejatuhan paling buruk indeks TI CPI ialah kepada kedudukan ke-60 dengan skor 4.3 pada 2011 melepasi 13 negara lain.

“Dengan keadaan rasuah yang makin buruk dan semakin parah di Malaysia dalam tempoh dua dekad ini, tidakkah kita melihat bahawa Malaysia lebih korup semasa pentadbiran Najib.

“Di sebalik sindrom penafian UMNO itu, mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengambil tindakan serius melalui kehendak politik yang kuat untuk memerangi “rasuah besar” yang membabitkan pemimpin politik utama negara dan kerajaan.

“Adalah satu permulaan yang bagus jika dimulakan dengan menyiasat skandal dana politik RM40 juta Sabah yang membabitkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taukeh balak Sabah, Michael Chia.” katanya.- Roketkini.com

Tiada ulasan: