Selasa, 27 November 2012

Rajagobal: Saya juga kecewa, saya hanya fikir perlawanan esok

Wartawan Sinar Harian

K Rajagobal
Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
 
"(SAYA) akan buat pertukaran (esok). Demikian kenyataan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengenai senarai pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Rajagobal masih merahsiakan pertukaran tersebut sama ada akan merombak secara besar-besaran atau sebaliknya.

"Kita tunggu sahaja esok, selepas melihat persembahan mereka ketika menentang Singapura, saya akan buat pertukaran tapi kita masih tidak tahu... apa pun kita tunggu esok," katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawanan saingan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Hotel Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.

Rajagobal yang kelihatan tenang, namun kecewa dengan kekalahan ke atas Singapura semalam tetapi masih belum berputus-asa dengan kekalahan itu.

"Saya tahu semua orang kecewa dan saya sebagai jurulatih juga kecewa tapi tidak mahu fikir, apa yang penting fokus kepada perlawanan esok," katanya.

Tiada ulasan: