Blog Syed-othman.blogspot.com
SELAGI
ada kuasa dalam tangan....selagi itulah kroni segerombolan buaya-buaya
karat akan mencari ruang dan peluang untuk merompak serta memeras dana
kepunyaan rakyat marhean.Tidak kira keadaan macam mana pun rompak tetap
rompak...tipu terus menipu hatta bangsa sendiri pun...dijadikan mangsa.
Bulan
awal bulan oktober lepas,Pusat aduan Rakyat (PAR) permas dan Pusat
aduan rakyat (PAR) Endau pernah mengadakan Sidang media di kelab akhbar
cina taman pelangi mengenai Aduan penyelewengan program Tabung khas
membaikpulih perumahan nelayan Seliaan majlis pembangunan pertanian
kawasan parlimen mersing.
Imbas kembali Fakta
aduan yang diterima ialah program ini melibatkan membaikpulih 100 rumah
keluarga nelayan yang menjadi ahli persatuan nelayan dan mereka ini
digariskan dibawah taraf kemiskinan.Kos bantuan membaikpulih setiap
rumah adalah RM10,000 dan kerja2 membaikpulih telah dilakukan oleh
kontraktor yang dilantik bagi fasa pertama. Apa yang menjadi aduan ialah
setiap rumah itu hanya dibaikpulih dengan kos hanya sekitar RM2,500
hingga RM3,000 sahaja tidak mengikut apa yang dicatitkan dalam pesanan
yang dikeluarkan.
Apa yang lebih menghairankan
mereka dikehendaki menandatangani akujanji yang disediakan oleh
Kementerian pertanian dan industri Asas tani Malaysia bersama Lembaga
kemajuan Ikan Malaysia dan juga borang AJ.Dalam surat akujanji
tersebut,anatara yang tercatit,Mereka tidak dibenarkan membangkitkan
sebarang perkara mengenai kos dan kompenan yang
diluluskan,mempertikaikan jumlah yang diluluskan dan menpertikaikan
kualiti bahan binaan yang diberi semasa membaikpulih rumah.
Pada
sidang media lepas,tiada pengadu yang tampil memberikan perjelasan
tetapi kali ini pengadu yang menbuat aduan telah tampil bersama dengan
laporan polis yang telah dibuat olehnya dalam sidang media kali
ini.Pengadu Ramli bin yusuf 71 tahun seorang nelayan sejak berusia 11
tahun itu berkata rumah beliau hanya di tukar beberapa keping papan
serta beberapa keping zink sahaja.Beliau juga yang buta huruf diminta
oleh pihak tertentu menandatangani satu surat akujanji tetapi beliau
tidak diberi perjelasan isi kendungan akujanji tersebut.
Hadir
sama dalam sidang media tersebut Tuan Syed Othman Abdullah selaku
penyelia PAR permas,Ust Azam Razak penyelia PAR mersing,Tuan hj Abdul
Rahman Yusuf timbalan pengerusi DAP mersing,Tuan idris Ahmad Ajk PAR
Mersing dan Abusiraj Almuner setiausaha PAR permas.
Mengulas
isu tersebut PAR permas Syed Othman berkata beliau akan membawa kes ini
ke SPRM minggu depan setelah melawat kesemua rumah yang
terlibat.Penyelia Dun Endau Ust Azam Razak berkata pihaknya akan
membantu kesemua nelayan-nelayan yang terlibat dan menurutnya lagi
masih banyak lagi isu sebegini berlaku di mersing.Dalam pada itu pengadu
juga berkata beliau berani ke hadapan kerana tidak mahu rakan-rakannya
yang lain diperlakukan sedemikian dan beliau berkata lagi beliau
bukannya mahukan wang itu tetapi hanya mahu keselesaan rumah beliau
hasil dari pembaikpulih tersebut.
Orang Melayu
lagi yang teraniaya dan terkena......nasib melayu begitulah di negeri
yang UMNOnya kuat didunia!!!!selagi pemerintahan tidak diubah selagi
itulah terjadinya sedemikian...kerap kita dengar pencacai mengakui
pemerintahan mereka terbaik kerana luas berpengalaman memerintah 53
tahun!...tetapi ini adalah salah satu bukti kegagalan mereka.
Banyak
Persoalan diutarakan dalam isu nelayan ini terutama mana perginya baki
RM7,000 hingga RM7,500 itu? kenapa bantuan itu tidak mengikut apa yang
tercatit pada harga pesanan?
Apa-apa pun
alasan,kerajaan harus ditukar demi menjaga wang serta rakyat....SUDAH
PASTI UMNO BN harus ditukar demi menyelamatkan MALAYSIA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan