PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri
bertanding di Parlimen Pekan? Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah
nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan
datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja.
Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding
di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada
kaitan dengan Altantuya itu. Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya
menguntungkan Tuan Guru Presiden.
Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja. Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah. Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan.
Mengapa di Pekan? Mungkin beliau rasa dan kita semua pun rasa harapan
untuk sesiapa sahaja yang akan menentang PM, Najib di Pekan adalah tipis
untuk menang. Faktornya, di Pekan terletaknya dua atau tiga kem
tentera iaitu di Kem Bt 9, Bt 10 dan juga Askar Wataniah di Pekan.
Lazimnya, kem tentera ini banyak menyumbangkan undi buat Bn. Ditambah
pula di Pekan terdapatnya perkampongan 'makhluk asing' yang seakan-akan
orang Kemboja. Di Pekan juga terdapat ramai kaum Orang Asli yang begitu
mudah untuk diumpan oleh Najib. Apatah pula Najib tentunya akan
menggunakan segala jentera kerajaan dan dana bagi membantu beliau
nanti.
Maka, harapan untuk tewas buat Tuan Guru Hj Hadi agak cerah atas faktor-faktor luaran ini. Jika beliau tewas, tidakkah itu 'melegakan' sedikit perasaan Tuan Guru Presiden yang sememangnya mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat? Bukan bererti tewas itu bagus, tetapi realitinya mungkin begitu tidak kira siapa pun bertanding di kawasan 'berpuaka' itu.
Keduanya, ditakdirkan Allah, Najib, InsyaAllah, terpukang di Pekan maka
satu bonus buat PAS. Mungkin hasrat Tuan Guru Presiden untuk berehat
dari menjadi Wakil Rakyat gagal namun beliau pastinya tidak merasa
begitu kecewa kerana kemenangan parti itu lebih penting untuk rakyat.
Bukan mudah untuk tewaskan PM di kawasannya sendiri.
Oleh yang demikian, kedua-duanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.
Sebab itu kita merasakan ada muslihat yang positif apabila Tuan Guru
memilih Pekan sebagai tempatnya bertanding. /wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan