Jumaat, 2 November 2012

Ketua pembangkang Pulau Pinang digantung enam bulan




GEORGE TOWN — Ketua pembangkang telah digantung hari ini daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang buat kali kedua selepas menuduh Hansard mungkin telah dimanipulasi.

Usul menggantung Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) telah diluluskan di dewan hari ini selepas Azhar enggan meminta maaf dan menarik balik tuduhannya.

Ketua menteri, Lim Guan Eng (DAP Air Putih) juga  menawarkan satu 'permintaan rayuan' bagi Azhar menarik balik tuduhannya dan meminta maaf sebelum usul tersebut diluluskan.

Azhar walaubagaimanapun enggan meminta maaf dan memberitahu Speaker yang dia berdiri teguh dengan pendiriannya.

Usul menggantung Azhar telah dibentangkan pada bulan Mei lalu oleh Jagdeep Singh Deo (DAP Datuk Keramat) ekoran tuduhannya yang mengatakan laporan bertulis Hansard boleh dimanipulasi.

Azhar mendakwa dewan telah memanipulasi laporan bertulis Hansard yang mengandungi perbahasan antara Lim dengan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) mengenai isu perobohan kuil Sri Muniswaran.

Beliau sebelum ini juga dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa tetapi Azhar enggan menghadiri kesemua tiga sesi pendengaran yang diadakan oleh jawatankuasa tersebut.

Hukuman ini adalah kedua Azhar hadapi selepas digantung sejak berakhir pilihan raya umum 2008.

Pada 2010, beliau juga telah digantung selama enam bulan selepas didakwa membuat kenyataan mengaitkan insiden 13 Mei dan menggesa pasukan keselamatan untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan.

Sebaik digantung, Azhar memberitahu sidang akhbar yang penggantungannya ialah satu cara untuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat "mengenakan" dia.

“

Ini satu-satunya jalan untuk mereka menghentikan saya dari mendedahkan penipuan mereka dalam dewan negeri,” katanya.

Beliau berkata PR bimbang dengan kelantangannya bersuara dalam mendedahkan penipuan kerajaan negeri dan mengkhuatiri kesemua penipuan tersebut akan terbongkar.

“Saya bertegas dengan pendirian saya. Perkataan bertulis adalah satu draf tidak rasmi dan tidak boleh diterima,” katanya.

Beliau turut mendakwa penggantungannya membuktikan PR telah menggunakan taktik menakut-nakutkan bagi mengawal orang ramai dan penjawat awam.

“Mereka telah menunjukkan Lim (Guan Eng) ialah 'Raja' jadi jika beliau boleh gantung pemimpin pembangkang, ia bermaksud beliau boleh juga menggantung mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata Dr Hilmi akan ambil alih tempatnya sebagai pemangku pemimpin pembangkang dalam dewan negeri.

Tiada ulasan: