Sabtu, 10 November 2012

Kerajaan Negeri Agih Hamper Deepavali Kepada Keluarga Miskin




SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menyediakan 39,000 hamper barangan makanan sempena sambutan Deepavali pada Selasa ini untuk diagihkan kepada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata semua hamper barangan tersebut disumbangkan kepada masyarakat India berpendapatan rendah.

Beliau berkata setiap DUN akan menerima antara 500 hingga 700 hamper bergantung kepada populasi penduduk di dalam DUN berkenaan.

“Antara kandungan hamper ialah beras lima kilogram, minyak masak dua kilogram, meehun, tepung maruku serta paket kari ayam, kari kambing dan kari kurma,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, kerja pengagihan dilakukan pegawai dan kakitangan Seksyen Sektoral dan Unit Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor.

“Pejabat DUN dan Pusat Khidmat akan mengagihkan semua hamper kepada penduduk di kawasan mereka apabila bekalan diterima.

Tiada ulasan: