Selasa, 27 November 2012

Kerajaan Johor Peruntuk RM1 Juta

KL TODAY

 
SEGAMAT: Sebuah pusat hemodialisis di sini akan menerima RM1 juta daripada kerajaan negeri Johor sebagai sebahagian daripada usaha membesarkan projek bangunan baru dengan 100 unit dialisis.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan peruntukan untuk Wisma Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat, Isnin pada majlis pecah tanah bagi projek di Bandar Putra.

Projek RM8 juta yang melibatkan bangunan enam tingkat itu dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun depan.

Kemudahan baru itu akan dapat menerima sehingga 300 pesakit setiap hari berbanding 150 pesakit pada masa sekarang kata pengerusinya Tan Sri Tan Beng Tong.

Pusat ini yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah itu telah ditubuhkan 17 tahun lalu dengan hanya lapan buah mesin.

Kini ia mempunyai 45 mesin di pusat utamanya di Segamat Baru dan cawangan di Labis.

Tan berkata pusat itu telah mengumpul dana untuk membina sebuah pusat yang lebih besar dengan lebih banyak mesin kerana peningkatan bilangan pesakit berkaitan buah pinggang yang memerlukan khidmat rawatan dialisis.

Tiada ulasan: