Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal berita itu.
“Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.
“Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan.
“Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu Kali Ke-2, 2012 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini,hari ini.
Sementara itu ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Nurul Izzah, Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya pandai berkata-kata.
“Masalah Nik Aziz ini (dia) tidak teliti dan main cakap sahaja. Saya tidak kisah apa yang dia cakap sebab cakap dia orang dah tak pakai, sebab kenyataan dia bercanggah-canggah.
“Saya hormat dia sebagai orang tua, sebagai tok guru tetapi tok guru pun, kena betullah. Sebab itu saya katakan, sebagai anak Kelantan, bukan saya tak hormat tok guru, tetapi saya sayang Kelantan dan saya sayang agama. Jangan gunakan gelaran ulama untuk memutarbelitkan kenyataan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan