Katanya, keadaan anaknya, Danny Hazrieq memerlukan penjagaan rapi kerana tidak dapat menghisap susu secara normal.
“Setiap tiga jam sekali dia perlu diberi susu itupun melalui tiub kerana dia bergantung kepada susu untuk makanan.
“Untuk sebulan, kira-kira enam tin susu diperlukan, yang mana setiap satu tin berharga hampir RM100,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Jalan Puchong di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana anaknya bertuah apabila kos pembedahan ditaja McDonald bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung.
Danny Hazrieq, dijangka perlu melakukan pembedahan membetulkan bibir dan lelangitnya secara berperingkat sehingga berumur 18 tahun.
Tambah, Hairul, dua lagi anaknya masing-masing berusia 6 dan 4 tahun akan mula bersekolah pada tahun hadapan, membuatkannya memerlukan peruntukan lebih banyak menyara keluarga.
“Saya sudah cuba memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun dimaklumkan bahawa tiada peruntukan bantuan untuk kes seperti anak saya dan dia hanya layak menerima bantuan ketika usia 18 tahun.
“Sewa rumah yang tertunggak juga gagal untuk saya selesaikan kerana mendahulukan keperluan untuk anak-anak dan keluarga,” katanya yang kini sedang dalam proses permohonan bantuan Baitulmal.
Bagi isterinya, Munirah Maarop, 26, mulanya dia bagaikan putus harapan melihat anaknya dilahirkan begitu namun reda dengan ketentuan ALLAH SWT.
“Dia minum susu juga melalui tiub membolehkan susu disalurkan ke perut. Kerana jika dia minum secara normal, susu akan terus ke paru-paru,” katanya.
Sumbangan boleh disalurkan ke 164164957806 (Maybank) atas nama Danny Hazrieq Hairul Nizam Shah atau hubungi 012-2981207 (Munirah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan