Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam
hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang
hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan
satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan
dirinya dan keluarga.
“Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga.
“Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin,” kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri.
Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya.
“Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum ... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga.
“Tuduhan mereka juga tidak berasas ... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ... saya bukan penjenayah,” kata Ahmad kepada pemberita.
Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya.
“Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini ... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini,” katanya lagi.
Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.
Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan