KEADILAN DAILY
KUALA
LUMPUR : Kementerian Pengangkutan hanya ada tujuh hari
sahaja lagi untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor, sejak perintah
itu dikuatkuasakan kerajaan negeri Isnin lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.
Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada PBT.
Justeru, beliau bertegas akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.
“Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang,” kata Ronnie.
Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November dan tempoh itu berbaki tujuh hari lagi dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan