Khamis, 27 September 2012

Empangan Tambatuon: BN pinggir suara Kadazan-Dusun Sabah

roketkinidotcom

Jahim bin Singkui bersama Lim Kit Siang
Gambar Ihsan : antiempangan.blogspot.com

KOTA BELUD : Lebih 3000 orang penduduk Kampung Tambatuon, Kota Belud diancam pembinaan Projek Empangan Tambatuon yang bernilai RM450 juta setelah diluluskan kerajaan BN pada 2010 dimana ia bakal menenggelamkan sebuah kampung yang telah dihuni sejak lapan generasi yang lalu.

Bagi Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Tze Phin, projek tersebut cuma mahu menguntungkan pihak kroni apatah lagi ia merupakan projek berskala besar.

“Apa yang diperlukan penduduk Tambatuon bukan sebuah empangan tetapi memadai dengan membina sistem saliran dan perparitan untuk pengairan sawah padi.

“Yang perlukan empangan sekarang adalah di Tawau sejak 30 tahun lalu tetapi walaupun sudah 70 peratus pampasan dibayar, sehingga kini empangan tersebut masih belum dibina.”

Langgar hak orang asal

Selain bercanggah dengan Deklarasi hak Orang Asal Sedunia yang telah dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Malaysia pada 13 September 2007 dalam perhimpunan Agong PBB, pembinaan empangan ini juga melnggar perkara yang  terkandung dalam Ordinan Tanah Sabah yang melindungi tanah NCR penduduk.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Empangan, saudara Jahim bin Singkui, penduduk kampung akan kehilangan sumber sara hidup, budaya dan warisan pusaka sekiranya projek empangan ini diteruskan.

“Kami penduduk kampung berasa amat terkejut dan kecewa kerana pembinaan empangan tersebut tidak mengambil kira kesan baik dan buruk . Bukan sahaja kesan kepada penduduk tetapi kesan kepada penduduk yang menetap di sepanjang sungai Kadamaian dan seluruh daerah Kota belud.”

Difahamkan, penduduk tidak diberitahu mengenai cadangan pembinaan empangan tersebut sehinggalah 
 kajian EIA dijalankan disana

.

Pada November 2010, Jahim berkata, sebuah memorandum bantahan telahpun diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam, ADUN Kadamaian, Datuk Harbert Timbun Lagadan, Menteri Pertanian dan Industri Majanan merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang juga Speaker DUN Sabah serta pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli.

Beliau juga memberitahu bahawa sehingga kini tidak ada tindakan dan penjelasan yang dibuat terhadap isu yang timbul.

“Apapun, kami tidak berganjak dari pendirian kami untuk mempertahankan dengan apa jua cara sekalipun untuk membantah pembinaan empangan Tambatuon sehingga berjaya.

Ujarnya lagi, “Kami juga tidak akan sama sekali bersetuju untuk berunding degngan pihak kerajaan berkenaan pampasan kerana tanah adat kami adalah kehidupan dan nyawa kami.” katanya dalam siri jelajah DAP Sabah baru-baru ini.

Memorandum Bantahan Rancangan Pembinaan Empangan Tambatuon Di Kampung Tambatuon – Sungai Kedamaian – Kota Belud ini telah ditandatangani olehnya sendiri, Jahim bin Singkui, Ketua Kampong Kampong Tambatuon, Amin Goling, Ketua Kampung Kampung Ratau, Mait Matundian, Ketua Kampung Bundu Paka, Singan Loki, Wakil Mukim Kabayau, Sayhui Sumbin dan Ketua Kampung Lingkubang, Kubing Sudompong.-roketkini.com

Roketkini akan menyiarkan siri-siri rakaman Bicara Rakyat Sabah menerusi laman www.youtube.com/roketkinidotcom








17 ulasan:

Unknown berkata...

Mengenai empangan ini rasanya kita telah dimaklumkan yang mana kerajaan tidak akan melaksanakan projek ini selagi ada tentangan daripada penduduk.

Unknown berkata...

Ini sudah menunjukkan yang mana kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungajwab mereka.

Unknown berkata...

Kita perlu sedar yang mana semua ini cuma permainan yang direka-reka oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN di Sabah.

mantera berkata...

emapangan ini belum tentu lagi akan dibina, lagipun selagi pendudu tak setuju, ia takkan dbina.

mantera berkata...

pembangkagn tak perlu nak hangatkan dan manipulasikan isu ini.

Unknown berkata...

Tiba2 isu empangan Tambatuon diungkit semula? Habis idea?

Unknown berkata...

Lawak betul bila tengok pembangkang nampak terdesak sangat.

Mumbai berkata...

Cadangan pembinaan projek empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung berkenaan tidak memberi persetujuan, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Mumbai berkata...

Walaubagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.

Mumbai berkata...

Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung mengenai isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, namun kerajaan akan memastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan.

Mumbai berkata...

antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.

Mumbai berkata...

Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.

Mumbai berkata...

pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.

Mumbai berkata...

Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan.

Mumbai berkata...

Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit , mereka mengkritik pihak kerajaan untuk melakukan sesuatu tetapi pada masa yang sama juga mengkritik kerajaan apabila pihak kerajaan membuat sesuatu..

Tanpa Nama berkata...

MP KB berkata empangan Tambatuon tidak akan dilaksanakn sekiranya penduduk kawasan sana tidak bersetuju

Tanpa Nama berkata...

Pasti suara rakyat akan didengari oleh kerajaan