Khamis, 1 Mac 2012

Tindakan Saman : Tunggu dan Lihat, Kata Peguam Dr Badrul Amin

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Peguam bela Dr Badrulamin Bahrom mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan saman diambil terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan babitkan kes khalwat pemimpin PKR berkenaan.

Mohamed Sazali Abdul Aziz berkata perkembangan ketika ini masih belum lagi mendesak kerana siasatan sedang dijalankan dan dakwaan samada Pengarah Penerangan Selangor itu disabitkan bersalah atau tidak belum diputuskan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap pihak berkenaan

"Tiada apa lagi sebab kami tak buat surat lagi untuk minta penjelasan kerana (Badrul) belum didakwa lagi. Kes itu masih lagi dalam proses siasatan, jadi kami belum (merancang) untuk ambil tindakan apa-apa lagilah."

Minggu lalu Badrul Amin ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi tetapi beliau menafikannya dan menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki.
Beliau menyifatkan penahanannya oleh JAIP sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Dua hari selepas tangkapan itu, Badrul Amin telah memberi keterangan terhadap dakwaan khalwat yang dihadapinya.

Sazali turut menegaskan meskipun anak guamnya bebas daripada mengahadapi tuduhan khalwat itu, beliau tetap mahukan penjelasan daripada timbalan JAIP berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya.

"Kalau tak dituduh sekalipun kita mahu minta penjelasan tentang kenyataan timbalan JAIP dan jika ia tidak memuaskan Badrul, kita akan tunggu arahan selanjutnya daripada Badrul." ujarnya lagi.

Tiada ulasan: