Sabtu, 3 Mac 2012

Thangam, kisah kejayaan peneroka bukan Melayu

Sekilas pandang, tidak ramai yang akan menyangka R Thangam, 50, yang berpakaian segak, lengkap dengan tali leher dan lengan panjang yang berkafling adalah seorang peneroka Felda.

Anak pekerja estet dari Rembau itu, adalah bukti cerita kejayaan Felda.

NONEMenceritakan pengalamannya di "rumah percutian" mewah miliknya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Thangam, berkata bapanya antara sebilangan kecil masyarakat bukan Melayu yang dipilih untuk menyertai skim rancangan tanah untuk keluarga bagi miskin di Felda Sendayan pada tahun 1962.

"Saya dilahirkan dalam keluarga Felda. Ini sesuatu yang perit pada mulanya. Tiada kemudahan elektrik, tiada (bekalan) air.

“Malah, kami terpaksa menanam padi sendiri untuk makan, dan (ketika itu) ada belalang yang begitu banyak. Belalang itu hanya hilang seorang imam menunaikan solat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Tidak seperti kebanyakan penempatan Felda yang lain, Felda Sendayan mencerminkan masyarakat majmuk negara ini. Rumah Cina, Melayu dan India boleh dilihat berselang-seli satu sama lain dan jiran-jiran masyarakat majmuk itu sering kelihatan berbual mesra di antara satu sama lain di kedai runcit.

Peneroka yang pernah menjadi penoreh getah, tetapi kini sudah bersara itu menganggarkan bahawa orang Melayu sekurang-kurangnya 75 peratus daripada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda di negara ini adalah masyarakat Melayu. Ini diikuti dengan kira-kira 10 peratus penduduk India dan selebihnya kaum Cina dan kaum-kaum minoriti lain.

Masuk universiti

"Bagaimanapun tidak ada lagi peneroka bukan Melayu diterima memasuki skim Felda, bermula akhir 1980-an," katanya.

azlanBagi Thangam, keputusan bapanya menyertai skim ini berjaya mengubah masa depan keluarganya.

Bermula dari keluarga yang miskin, Thangam kini berbangga dengan kejayaan mereka sehingga mampu menyekolahkan anak-anaknya ke peringkat universiti. Seorang daripada mereka kini adalah seorang doktor manakala seorang lagi adalah juruterbang. Anak gadis bongsunya pula, menjalani alam persekolahan yang cukup berbeza seperti yang dialaminya.

Beliau meninggalkan penempatan itu selepas zaman persekolahannya pada usia 18 tahun dan menyertai angkatan tentera. Namun, Thangam pulang semula pada usia 29 tahun untuk menoreh getah di atas tanah bapanya. Tetapi kebakaran pada rumah jirannya mengubah segalanya.

Rumah jiran terbakar

"Rumah jiran kami, keluarga Melayu, terbakar. Bayi mereka ditinggalkan di dalam rumah. Isteri saya merayu agar saya tidak masuk, tetapi saya ... pergi dan berjaya membawa bayi itu keluar. Belakang saya terbakar dengan teruk," kata Thangam.

isa samad interview 150509Sebagai menghargai jasanya, Menteri Besar Negri Sembilan, ketika itu Tan Sri Isa Samad (kiri) menawarkan kepadanya sebuah rumah kos rendah tetapi beliau menolaknya kerana tidak mahu dilihat sebagai mencari habuan bagi bantuan yang dihulurkan.

Bagaimanapun, hubungan yang baik dengan Isa ternyata berguna. Tidak lama selepas itu, seorang jiran lain menawarkan untuk menjual tanah miliknya kepada Thangam dan beliau berjaya mendapatkan bantuan menteri besar berkenaan bagi meluluskan pembelian berkenaan.

Dengan tanah itu, beliau berjaya membuat simpanan dengan melaburkan sebahagian besar wangnya dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Koperasi Angkatan Tentera.

Hubungannya dengan Isa bagaimanapun bertukar menjadi tegang apabila pada tahun 1996, beberapa peneroka Sendayan, termasuk Thangam, memeterai perjanjian untuk menjual tanah mereka kepada kerajaan negeri.

"Kami tebang pokok-pokok getah dan berikan kerajaan, geran (tanah) kami, tetapi kami hanya terima 10 peratus daripada harga jualan yang dijanjikan," katanya.

NONESelepas kira-kira satu dekad berdolak-dalih, akhirnya kebanyakan peneroka akur dan terpaksa menerima "pakej" yang ditawarkan oleh menteri besar baru, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan, tengah) - walaupun mereka rugi.

Mengikut pakej ini, kerajaan membayar harga jualan pada RM3 sekaki persegi seperti yang ditetapkan pada tahun 1996 untuk 10 ekar tanah, tetapi peneroka diwajibkan "membeli balik" dua ekar tanah pada harga RM4 sekaki persegi serta rumah teres berharga RM240,000 di Bandar Seri Sendayan.

"Kami terpaksa bayar untuk dapatkan rumah itu. Ia bukan diberikan percuma kepada kami," katanya.

Tiada ulasan: