Ahad, 11 Mac 2012

Surat Anwar di Siar Untuk Tutup Surat Dr Mahathir




PETALING JAYA: PKR hari ini membidas media Umno, Utusan Malaysia hari ini berhubung surat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 kepada National Endowment For Democracy (NED) yang di petik dari laporan sebuah blog pro Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ulasan Akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk ‘Surat Anwar Kepada Tokoh Yahudi’ tidak sedikit pun mengandungi nilai kontroversi.

“Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil dan menyeru NED, sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.

“Ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kini turut diakui kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Reformasi Pilihan Raya dibentuk.” jelas beliau melalui kenyataan medianya sebentar tadi.

Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.

“Pendedahan tersebut serta penglibatan pegawai ketenteraan Israel di dalam syarikat perunding APCO yang dilantik Najib mendedahkan kepuraan UMNO/BN selama ini.” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: