Rabu, 21 Mac 2012

Selangor perkenal inisiatif premium milik tanah

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif program bayaran premium RM1,000 bagi pemberi milikan tanah dan program bayaran premium bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing, lapor MediaSelangorku.

“Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu.

“Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar,” jelas Abdul Khalid menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN pagi ini.

Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor.

Setakat ini, terdapat 356 orang penerima yang sudah lulus permohonan bayaran premium RM1,000 dengan 5 di Hulu Selangor, 136 di Hulu Langat, 89 di Kuala Selangor, 65 di Petaling, 3 di Sepang, 4 di Kuala Langat, 48 di Gombak serta 6 di Klang.

Tiada ulasan: