Isnin, 12 Mac 2012

Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh

Ratusan orang dari beberapa kumpulan NGO termasuk mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan menyertai himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu, pagi ini, bagi mempertahankan tanah adat daripada terus dicerobohi dan pelbagai masalah lain di negeri itu.

NONEPerhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum mereka berarak ke Wisma Innoprise - yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Peserta yang berhimpun sejak jam 7 pagi, mula bergerak ke bangunan itu - yang terletak kira-kira 200 meter dari padang berkenaan - kira-kira jam 9 pagi bagi menyampaikan memorandum menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya.

Bagaimanapun Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan, sebaliknya mereka hanya dibenar berkumpul di sebatang pokok di hadapan bangunan itu.

NONE"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja.

"Wakilnya datang ke pokok berkenaan... Jadi kita buat keputusan kita batal serah memorandum. Kita akan tentukan tarikh untuk buat perhimpunan lebih besar," kata Mohd Firdaus ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Kumpulan itu mendakwa perhimpunan berkenaan terpaksa diadakan kerana isu tanah adat Sabah kini dalam keadaan kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Sebelum ini, setiausaha TABAH Lahirul Latigu dilaporkan berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi sebanyak 977 kes.

NONESetiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi pula membidas Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez kerana mendakwa tiada lagi Tanah Hak Adat Negeri (NCR) di Sabah selepas 1930.

Beliau juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah pula dilapor mempersoalkan mengapa kes masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

NONEMengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, selain Hamzah, turut hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Razman Zakaria dan pengerusi TABAH Hishamuddin Sulaiman.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut dihalang masuk ke Sabah malam tadi, dan diarahkan meninggalkan negeri itu serta merta.

Mohd Firdaus berkata peserta membawa beberapa kain rentang antaranya tertulis "Jangan musnahkan periuk nasi kami, Jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri" dan "Inikah konsep 1Malaysia, beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

NONEPerhimpunan itu berakhir kira-kira 10.30 pagi, kata Mohd Firdaus yang juga pegawai media Dewan Pemuda PAS Sabah.

Sementara itu, seorang wakil mahasiswa yang enggan namanya disebut memberitahu Malaysiakini, beliau mengetuai kira-kira 100 mahasiswa hadir dalam himpunan tersebut bagi menyokong perjuangan TABAH.

24 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap perhimpunan ini boleh membantu mempertahankan hak dan status NCR rakyat Sabah.

Mohd Ishak berkata...

Harap pihak polis boleh membantu menjaga keamanan ketikan perhimpunan tersebut supaya tidak timbul sebarang kekecohan.

drako drakonius berkata...

The Sabah government is doing everything it can to ensure that the natives in the state do not lose their native customary rights (NCR) to their ancestral land.

drako drakonius berkata...

The state government was aware of the land ownership issue and various measures have been set in place to ensure the natives’ NCR are well protected.

drako drakonius berkata...

Apart from that, the issuance of communal title land was one of the measures introduced by the government to prevent state lands, which are supposed to be owned by locals, from falling into the hands of outsiders.

drako drakonius berkata...

The issuance of communal title lands by the Sabah Land and Survey Department is also aimed at resolving long-delayed land applications.

drako drakonius berkata...

State Tourism, Culture and Environment Minister Masidi Manjun said the Barisan National (BN) government was concerned about the fate of the natives residing in forest reserve areas throughout Sabah, who claimed they have been robbed of their land.

thinaj berkata...

The government is serious in finding solution to this matter. The state cabinet has been discussing on a best solution that will result in a win-win situation.

Tanpa Nama berkata...

ada yang mengatakan ratusan dan ada mengatakan ribuan yang sertai demo tersebut, entah mana satu betul ni. tapi dilihat ia mmg tidak begitu ramai yang sertainya.

Kris Jr berkata...

CM Datuk Musa Aman said the Government is going all out to resolve issues such as illegal immigrants, NCR land, poverty and balanced development

Paquin berkata...

Kalau lepas ni isu NCR masih juga tak dipedulikan, saya pun hairan oo.. Entah apa lagi mahu cakap.

Paquin berkata...

Tapi saya yakin kerajaan negeri pun tengah berusaha bagi memastikan isu NCR dapat ditanggani dengan baik. Takkanlah kerajaan nak abaikan kepentingan rakyat kan:P

Paquin berkata...

Ferlo saya rasa ratusan ja tu.. Kalau ribuan rasanya satu Sabah tahu pasal demo ni sebab telampau ramai kan:P hihi

Unknown berkata...

Perhimpunan yang tidak ada memberikan kesudahan kepada kita sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting perhimpunan ini dijalankan secara aman. Walaupun peserta tidak berpuas hati, namun mereka masih hormat undang2.

Tanpa Nama berkata...

Diharap kerajaan dapat mempercepatkan usaha mereka untuk tangani masalah tanah adat di negeri ini.

aku baini berkata...

the rampant land grabs in Sabah are making folk in rural areas restive with a visible indications of impending violent clashes which could ignite a possibility of bloodshed between the “new” owners and natives.

aku baini berkata...

Sudah tentu, kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku di Sabah melainkan jika permintaan rakyat langsung diabaikan oleh kerajaan..

aku baini berkata...

we urge the chief minister to use his good office to intervene immediately before serious and bloody clashes erupt between the natives and the 'intruder'

aku baini berkata...

These land grabs must stop...

aku baini berkata...

tetapi tanpa campur tangan kerajaan, perkara ini sudah tentu tidak akan berakhir dengan aman..

Tanpa Nama berkata...

PAS lancarkan demo ini, kemudian mereka juga yang bertanggungjawab mensensasikan demo ini di media.. tapi demo penduduk kelantan ekoran tindakan kerajaan merampas tanah mereka, tidak pula disensasikan malah disenyapkan dengan mengupah samseng membuat ugutan kepada penduduk kampung..

Tanpa Nama berkata...

patutlah negeri kelantan tidak maju walaupun PAS telah mentadbir negeri itu selama lebih 20 tahun.. pemimpin2 PAS bukanlah profesional dalam menyelesaikan masalah rakyat.. yang mereka tahu hanya dua perkara sahaja.. perhimpunan dan jalanraya..

Tanpa Nama berkata...

jika PAS benar2 mahu menyelesaikan masalah rakyat dan ikhlas membantu rakyat, mereka sepatutnya membantu penduduk kampung ini melalui saluran mahkamah.. bukankah dalam Pakatan juga ada peguam yang boleh membantu penduduk kampung ini?? jika kos guaman Adun Sri Muda boleh ditanggung menggunakan dana awam kerajaan selangor, kenapa untuk masalah rakyat tidak boleh??