Sabtu, 17 Mac 2012

Rakyat `buta’ tarikh pilihan raya umum ke 13

Bagaimanapun, mereka sependapat petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan semakin jelaa kelihatan.



PETALING JAYA: Kalangan rakyat sukar meramalkan tarikh pilihan raya umum walaupun sedar ia akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, mereka sependapat petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan semakin jelas kelihatan.

Kontraktor, Halizi Abu Bakar berkata, tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencapai kemuncak.

“Pasaran saham negara kini mencecah 1. 500 dan terus meningkat. Ini bermakna dalam tempoh sebulan dua lagi ia akan mencapai 1.600′
“Bila mencapai tahap itu, ia masa yang paling baik untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

NGO Pendidikan – Gagasan – meramalkan pilihan raya umum ke 13 apabila BN telah melaksanakan janji-janji pilihan raya lalu.

Manakala di peringkat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, DUN dibubarkan setelah mereka melaksanakan janji.

Pemimpin Umno Kelantan, Che Johan Che Pa berkata, sukar untuk meramalkan tarikh pilihan raya umum 13.

Bulan Mei?

“Apa yang berlaku dan yang dilakukan kerajaan bukan jaminan pilihan raya akan diadakan segera,” katanya.

Pemandu lori pasir, S Priya meramalkan pilihan raya akan diadakan bulan Mei ini.

Katanya, petunjuk itu ialah pemberian bantuan RM500 kepada rakyat tetapi adakah mereka akan meyokong BN.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, kerajaan memberi bantuan kewangan sedemikian banyak kepada rakyat,” tambah beliau.

Pekerja binaan, Fandi Anuar pula berkata, pilihan raya akan diadakan setelah BN merasakan mereka akan menang.

Beliau menambah, memandangkan kerajaan sedang menghabiskan wang untuk rakyat, pilihan raya ke 13 akan diadakan tidak lama lagi.

“Petunjuknya sudah ada cuma belum diumumkan sahaja,” kata beliau.

Najib, orang nombor satu Umno parti yang memerintah sejak merdeka berulangkali mengatakan pilihan raya umum sudah dekat.

Program turun padang ke seluruh negara menguatkan dakwaan bahawa tarikhnya semakin hampir.

Tiada ulasan: