Jumaat, 16 Mac 2012

PKR: Pindah zon mengundi Khalid 'kesalahan serius'

PKR hari ini mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya telah melakukan “kesalahan serius” mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dengan mengalihkan kawasan mengundi untuk menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai.

NONENaib presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, SPR boleh melakukan Urusan Belah Bahagi Kawasan Mengundi ke atas lokaliti seseorang pengundi.

Bagaimanapun, langkah itu terhad kepada sesuatu negeri dan kawasan mengundi untuk seseorang pengundi, kata Fuziah lagi yang turut menunjukkan dokumen daripada laman web SPR.

Katanya, SPR tidak dibenarkan untuk memindahkan sesorang pegundi di luar daripada negeri asal ataupun kawasan mengundi asal tanpa pengetahuan pengundi berkenaan.

"Itulah yang berlaku ke atas Khalid," kata Fuziah lagi dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mendakwa, tindakan SPR itu menggunakan kaedah mengikut undang-undang tetapi bertujuan untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Tiada ulasan: