Khamis, 1 Mac 2012

PERKASA ancam boikot, Star gantung editor

Pertubuhan pro-Melayu PERKASA mengancam untuk menjalankan kempen boikot ke atas akhbar bahasa Inggeris milik MCA, The Star sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas akhbar berkenaan atas dakwaan menghina Islam.

Ketua pergerakan pemudanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, PERKASA akan mengadakan program jelajah untuk memboikot akhbar tersebut sekiranya tindakan itu tidak dijalankan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, kementerian tersebut harus menggantung permit penerbitan akhbar tersebut untuk memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi perbuatan seperti menyiarkan foto kontroversi membabitkan artis Erykah Badu.

Foto itu dipertikai kerana menunjukkan hiasan tatu dengan dua tulisan "Allah" di badan artis tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, dua orang kakitangan akhbar tersebut difahamkan telah dikenakan tindakan penggantungan ekoran penyiaran gambar itu, menurut sumber.

The Star telahpun memohon maaf kepada umat Islam ekoran penyiaran gambar yang dipertikai itu.

Tiada ulasan: