ANTARA POS.COM
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor digesa jangan menjual sebahagian daripada Taman Botani Shah Alam Nasional di Bukit Cerakah, tetapi sebaliknya memajak keseluruhan tanah taman itu kepada kerajaan persekutuan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri telah mencadangkan mengambil alih pengurusan taman itu, yang sebelum ini dikendalikan oleh kementeriannya sejak ia dibangunkan pada 1986 lalu.
"Kementerian tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menjual 100 ekar (40.5ha) tanah taman itu untuk menjana sejumlah RM100 yang akan digunakan untuk mengurus taman berkenaan.," katanya.
"kementerian tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jika mereka memajakkan tanah itu, kami memiliki dana untuk membangunkannya tanpa perluu menjual tanah berkenaan," katanya kepada wartawan selepas melawat taman itu, di sini, hari ini.
Taman Botani Shah Alam dibina pada 24 Aprl, 1986 lalu dan sebelum ini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah dan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.
Selain daripada kegunaan kaji selidik dan mempamerkan kekayaan sumber fauna dan flora, ia juga adalah pusat tumpuan pelancongan yang berkonsepkan alam semula jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan