Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata timbalan pengerusi badan perhubungan BNSelangor Datuk Seri Noh Omar.
Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.
"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" soalnya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab: "Hanya buang masa!"
"Mereka tidak pernah disepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."
9 ulasan:
Why are SELCAT is emulating the same modus operandi of the US Senate Inquiry?
It is just another show trial with no follow up action to be taken against the legal party?
I believe all their findings should be submitted to SPRM then all fact against the guilty party to be brought to court and to stand trial
SELCAT kena telus dalam menjalankan peranannya.
Our legislation system needs to be stricter towards those who did wrong.
Hope to see a fairer court decision in the future.
Nampaknya ketulusan Pemerintahan PR semakin meragui setelah pelbagai masalah yang dihadapi oleh pemerintahan mereka.
kerajaan PR pun main cilok sana cilok sini juga.. ini contoh parti yang beriya2 mahu merampas Puterajaya??
PR bukannya telus sangat pun. Dalam politik, masing2 ada agenda dan kepentingan untuk dijaga.
SELCAT patut bebas daripada dipengaruhi pihak atasan.
Catat Ulasan