Rabu, 7 Mac 2012

NFC: PKR Akan Heret Ramai Pemimpin BN Ke Mahkamah




PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli akan mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada hari Jumaat ini, 9 Mac 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Menurut Zuraidah, beliau dan Rafizi telah membincangkan secara mendalam mengenai strategi pembelaan sekiranya tuntutan saman ini diteruskan juga oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil, selepas mahkamah mendengar pembelaan yang akan dikemukakan Jumaat ini.

“Antara lain, saya dan Saudara Rafizi bercadang untuk memanggil kesemua pimpinan kanan negara yang pernah terlibat di dalam membuat keputusan berhubung NFC atau pernah memberikan komen mengenai NFC untuk dipanggil sebagai saksi memberikan keterangan.

“Saya juga yakin bahawa apabila Dato’ Seri Shahrizat Jalil dipanggil menjadi saksi dan disoalsiasat, beliau terpaksa mengaku bahawa beliau sendiri pernah menghabiskan masa di kondominium mewah yang dimiliki oleh keluarga mereka dan dibeli menggunakan dana awam.

” Itu menimbulkan persoalan besar sama ada beliau betul-betul tidak tahu menahu bahawa keluarga beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk membeli harta peribadi, seperti keterangan beliau di dalam tuntutan saman.” kata beliau melalui kenyataan media yang di keluarkan petang ini.

Menurut Zuraidah, pihaknya yakin rakyat Malaysia begitu teruja agar kes saman ini dapat dibicarakan secepat mungkin, supaya kesemua pimpinan kanan Barisan Nasional dapat diheret untuk memberikan keterangan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembangkang suka perbesarkan hal ini, biarlah kes ini disiasat.

Green Sabah berkata...

Hopefully the NFC case can be resolve in the best possible way.

Green Sabah berkata...

If PKR wanted to make any sort of accusations, make sure there is evidence for that.

Sanih Alias berkata...

Kita tunggu sajalah setakat mana kemampuan PKR mencari kesalahan atau menabur fitnah.

Hinamori berkata...

Shahrizat pun akan berundur dalam bulan depan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa pula 'bercadang'? buat la terus.. kalau cukup bukti, bawa terus ke mahkamah.. tidak perlu diwar2kan dimedia..

Tanpa Nama berkata...

Heret sekali pemimpin PKR yang tidak telus.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu sajalah sampai selesai kes ini.