Khamis, 29 Mac 2012

Negeri Sembilan tak minat ambil projek NFC

MALAYSIA KINI

Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang kepentingan serta tidak berhasrat untuk mengambil alih pengurusan projek syarikat National Fidlot Corporation (NFCorp) di Gemas, kata menteri besarnya.

mohamad hasan negeri sembilan mb"Mencari dan membuka tender untuk urusan projek NFCorp itu lagi bagus, sebab akan berlangsung dalam keadaan lebih telus.

"Malah kita sangat mengalu-alukan cadangan ini yang dilihat dapat mengelakkan tohmahan mahupun tuduhan orang luar," Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan Projek Fidlod Nasional akan diteruskan dan kerajaan akan membuka tender baru atau mempelawa syarikat berminat mengambil alih projek itu.

Mohamad berkata, kerajaan negeri hanya memajakkan 600 hektar tanahnya mengikut tempoh yang dipersetujui tanpa mengambil tahu pengurusan yang dijalankan oleh syarikat tersebut selepas itu.

"Ia (NFCorp) langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri kerana kita tidak uruskannya dan ia adalah hak milik syarikat persendirian.

"Walaupun pihak pengurusan syarikat ini bertukar tangan, kerajaan negeri tetap akan menyewakan tanah selagi diperlukan, asalkan mereka membayar cukai tanah dan duit sewa kepada kita," katanya lagi.

Tiada ulasan: