Jumaat, 16 Mac 2012

Musa Hitam Dianugerah Pingat Peringatan Jubli Kazakhstan

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Musa Hitam dianugerahkan Pingat Peringatan Jubli Kazakhstan.

Anugerah itu disampaikan Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia Beibut B. Atamkulov sempena ulang tahun ke-20 Kemerdekaan Republik Kazakhstan di atas perkembangan hubungan Malaysia dan Kazakhstan, demikian menurut WIEF dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan warga Kazakhstan, rakan dan penyokongnya menyumbang dengan ketara kepada perkembangan serta pengukuhan kedaulatan negara itu.

Tun Musa menerima anugerah itu di atas khidmatnya ke arah peningkatan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat seluruh dunia serta merit khas dalam mengekalkan keamanan, keadilan dan pembangunan mapan. - BERNAMA

Tiada ulasan: