Rabu, 21 Mac 2012

Khalid: Saya masih boleh tanding di S'gor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjemput Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menghadiri mesyuarat exco bagi meminta penjelasan mengenai bagaimana kawasan seseorang pengundi diubah.

NONEBeliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh SPR itu.

"Saya telah meminta setiausaha kerajaan negeri untuk menjemput pengarah SPR untuk menjelaskan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana mereka mengubahnya.

"Adakah mereka telah dimaklumkan dan bagaimana untuk tentukan jika mereka bersetuju atau tidak dengan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

NONESebelum ini, Malaysiakini melaporkan, kawasan mengundi Khalid telah ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web SPR.

Semakan di laman web itu mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi universiti.

Selain itu, Khalid menegaskan beliau masih lagi boleh bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

NONEJelasnya, hal ini kerana, kad pengenalannya masih beralamat Kampung Pasir Tuntong, Kuala Selangor.

"Alamat saya masih lagi di Pasir Tuntong di mana tempat saya dilahirkan. Kedudukan saya di Ijok bukan satu isu kerana semasa saya bertanding di Ijok pun, saya menggunakan alamat yang sama.

Tiada ulasan: