MALAYSIA KINI
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang hari ini menuntut Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria campur tangan dalam hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein yang melempar selipar ke arah hakim Mahkamah Persekutuan.
Lim (kanan) berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.
Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.
Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan