Jumaat, 16 Mac 2012

Kenapa afidavit Tengku Goh namakan Musa, Gani?

Adakah penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh @ Tengku Goh mempunyai hubungan istimewa dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan?

Soalan ini ditimbulkan lima tahun lalu oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff dalam afidavit jawapan kepada permohonan habeas corpus Goh supaya dibebaskan daripada perintah kediaman terhad.

Dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, menambah lagi misteri mengenai kemungkinan wujudnya hubungan sedemikian, kerana Goh menyatakan dalam permohonannya pada 14 Ogos 2007: “Saya percaya bahawa Ketua Polis Negara juga tidak diberitahu langsung mengenai tangkapan dan tahanan saya."

ramli yusuff asset declare case 120310 05Goh ditahan di Johor Baru pada 1 Ogos 2007, dan diletakkan dikenakan perintah kediaman terhad sehingga dibebaskan empat bulan kemudian.

Ramli (tengah dalam gambar), dalam afidavit jawapan kepada permohonan Goh itu, berkata kenyataan itu "seolah-olah sabjek (Goh) mempunyai hubungan istimewa dengan KPN".

"Ia juga seolah-olah KPN (ketika itu) mempunyai minat khusus ke atas hal ehwal sabjek yg merupakan seorang kurang baik," kata afidavit bekas pengarah CCID itu.

johari baharumGoh telah mengaku mengenai latar belakangnya dan ini dinyatakan dalam afidavit untuk menyokong penahanannya oleh Ramli, bekas
timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharum (kanan) dan polis - bahawa Goh mempunyai sejarah jenayah yang panjang dan pernah dibuang negeri sebelumnya.

Goh mengaku dalam laporan polisnya berhubung aduan yang dibuat terhadapnya bahawa dia tidak mempunyai latar belakang yang baik kerana dia telah dibuang negeri ke Pahang kerana menjadi bookie taruhan kuda.

Afidavitnya yang menyatakan dia telah dibersihkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail, juga menimbulkan persoalan sama ada dia memperolehi pengetahuan dalaman.

Ramli menyifatkan ini dalam afidavitnya sebagai "satu lagi percubaan nakal mempalitkan nama baik penjawat awam dan agensi kerajaan."

Kata Ramli, terpulanglah kepada BPR dan Peguam Negara untuk menjawab atau menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Goh itu.

musa hassan pc 021107 answersAffidavit Goh menyifatkan tuduhan mengenai Musa mempunyai "hubungan" dengannya sebagai tidak berasas dan dia percaya Peguam Negara dapat mengesahkan perkara itu.

Sumber-sumber biasa dengan kes itu berpendapat, jika kenyataan Goh tidak betul, maka kenapa Musa (kiri) atau Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap Goh ataupun menafikannya. Musa atau Gani tidak memfailkan apa-apa permohonan untuk menangkis dakwaan ini.

Juga, pada hari penangkapan Goh pada 1 Ogos, Musa memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah dianiaya oleh orangnya sendiri.

Tiada ulasan: