Sabtu, 3 Mac 2012

Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?

Staff Berita Semasa

pasaraya shahrizat Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?


Tempoh hari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK) dah cadang Peguam Negara untuk mendakwa kelompok individu yang terlibat dengan pecah amanah dalam projek mega fidlot kebangsaan ini didakwa. Tetapi seperti biasa pihak NFC melenting….Kami tak pasti beberapa lama lagi rakyat perlu “menonton skandal NFC ini”…..

Di sini, kami sertakan di mana anda boleh semak perjanjian rasmi NFC ini yang ditandatangani oleh NFC pengerusi Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran, yang juga pengarah NFC dan dua pegawai Kementerian Kewangan yang mewakili kerajaan Malaysia, pada Dis 6, 2007. Gambarnya pernah kami keluarkan dahulu. Semak gambarnya di sini.

Perjanjian NFC VS Kerajaan

Kandungan lengkap perjanjian bagi pinjaman oleh kerajaan kepada pihak NFC (Sumber : Malaysiakini)

  • Kalau anda semak semula kandungan perjanjian NFC tersebut yang berjumlah 35 muka surat itu, tiada sekelumit ayat pun menyatakan pinjaman diberikan kepada Negara Fidlot Corporation (NFC) boleh digunakan untuk pembelian hartanah mewah. Jika benar ada melakukannya, bermakna sesiapa yang mengambil wang rakyat ini tidak amanah!! Okay, itu yang pertama.
skandal fidlot nfc Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Keduanya, pada fasal 3 di bawah tajuk “Tujuan”, NFC hanya boleh menggunakan dana rakyat ini untuk tujuan membiayai Projek Fidlot Kebangsaan sahaja seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Perjanjian ini.
perjanjian nfc Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Dan dalam perjanjian bagi fasal 18.1 di bawah tajuk “perjanjian-perjanjian khusus”, terang-terang menyatakan sekali lagi dalam bahasa mudahnya tidak boleh guna dana rakyat ini sesuka hati melainkan untuk tujuan projek lembu fidlot ini selagi NFC tidak membayar balik pinjaman tersebut. Ada bayar?
pasaraya mewah Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
  • Yang menarik NFC hanya perlu membayar balik selepas 3 tahun tempoh penangguhan pembayaran berakhir. Tetapi sehingga sekarang sudah dah nak masuk bulan Mac 2012, pihak NFC masih belum membayarnya lagi. Pembayaran yang pertama diperolehi NFC adalah pada Januari 2008.
  • Pada fasal 11 pula, penalti hanya melibatkan jika NFC lambat membayar balik. Itupun dengan caj 2.0% setahun. Sama seperti kadar faedah yang diterima NFC untuk pinjaman keseluruhan projek fidlot kebangsaan ini.

Untung jadi orang kenamaan di Malaysia. Kalau negara lain, orang kenamaaan yang terlibat dalam kes-kes seperti seperti ini dah “terjun lombong”. Tapi kami pun tidak mahu mereka berbuat begitu, cuma kami nak sekarang ini :

Itupun sudah cukup bernasib baik mereka diberikan peluang menjalankan projek ini walaupun mereka-mereka ini tiada pengalaman langsung dalam bidang ini, kalau rakyat biasa jangan bermimpi untuk diberikan peluang sebegini rupa. Peluang sudah diberikan, tetapi apa dah jadi sekarang ini?

“Lain yang disuruh lain, pula yang berjaya”

Kalau skandal NFC ini begitu lemah & sudah terang diketahui rakyat Malaysia masih kelihatan “lemah” untuk diselesaikan, apa persepsi rakyat terhadap skandal-skandal lain pula?

Sekali lagi, dokumen 35 muka surat menyatakan dengan jelas pinjaman RM250 juta kerajaan pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan Pusat.

Dakwaan Pembelian Pasaraya Mewah di Singapura Guna Dana NFC? (oleh : Rafizi Ramli)

Dakwaan terbaru menambah satu lagi koleksi melibatkan skandal NFC sebelum ini :

  1. 2 unit kondominium One Menerong (RM13,800,000) - Dakwaan pada asalnya dikatakan hanya sekitar RM9.8 juta tetapi pihak NFC Malaysia mengakui membeli 2 unit mencecah RM13.8 juta
  2. Mercedes Benz CLS 350 CGI (RM534,622)
  3. 2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya (RM3,363,507)
  4. 1 unit kondominium Orchard Scotts (RM9,900,000)
  5. 2 unit kondominium Marina Bay Suites (RM34,562,784)
  6. Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan? (Skandal Terkini)

pasaraya farmhouse singapor Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?

(Sumber gambar : Ong Ong & Rafizi Ramli )

1) Syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd memiliki Pasaraya Mewah di Singapura dengan sewa SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan. Yang mana saham syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd terdiri daripada keluarga menteri, Dato’ Shahrizat Jalil iaitu :

  • Dato’ Seri Salleh Ismail S$666,667 (Suami)
  • Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667 (anak)
  • Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667 (anak)
sewa pasaraya mewah Keluarga Shahrizat Sewa Pasaraya Mewah di Singapura : SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan?
(Lagi Dokumen lengkap di sini)

2) Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited

3) Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University.

4) Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap

5) Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

6) Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

P/S : Harap pihak NFC dapat jawab dakwaan yang terbaru ini.

Tiada ulasan: